FacebookInstagramTwitterContact

 

An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kekalkan kesihatan di usia emas


MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar menyampaikan sijil lantikan kepada Pemangku Penghulu Mukim Pekan Tutong, Awang Haji Mumin bin Abdul Razak sebagai salah seorang Duta Kesihatan di Mukim Pekan Tuton

 


 August 27th, 2018  |  09:26 AM  |   284 views

TUTONG

 

Sebagai salah sebuah agensi utama yang bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kesejahteraan warga emas, Kementerian Kesihatan akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam meningkatkan kesedaran penduduk negara ini kepada isu-isu berkaitan Mengekalkan Kesihatan di Usia Emas (healthy ageing).

 

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar menyatakan demikian semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Program Mukim Sihat bagi Mukim Pekan Tutong, yang diadakan di perkarangan Dewan Kemasyarakatan Tutong, di sini.

 

Yang Berhormat menambah, 'healthy ageing' bukan sekadar memanjangkan hayat, bahkan merupakan proses membangun dan mengekalkan keupayaan fungsi yang membawa kepada kesejahteraan semasa umur yang lebih lanjut, di mana ianya memerlukan, antaranya, perubahan minda dan sikap terhadap penuaan; penyediaan perkhidmatan yang relevan dan mudah diakses, dan penglibatan dari warga emas sendiri.

 

Program Mukim Sihat tersebut dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim (MKM) Pekan Tutong dan Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Tutong.

 

Terdahulu, Pemangku Penghulu Mukim Pekan Tutong, Awang Haji Mumin bin Abdul Razak menyampaikan ucapan alu-aluannya disusuli dengan ucapan pelancaran program dan penyampaian sijil-sijil lantikan bagi Duta Kesihatan disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Duta-duta Kesihatan yang dilantik akan menjadi penghubung di antara kumpulan warga emas dan masyarakat setempat dengan pihak kesihatan, di samping menjadi pemangkin bagi program dan aktiviti yang berkaitan dengan program mempromosi amalan cara hidup sihat bersama agensi-agensi yang berkenaan.

 

Program diisikan dengan aktiviti-aktiviti seperti senaman Tai Chi; berbasikal sejauh 10 kilometer; walkaton sejauh tiga kilometer; senamrobik,  aktiviti pameran dan pemeriksaan kesihatan serta penjualan produk-produk kampung yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan.

 

Tetamu kehormat juga meninjau pameran mengenai 'Jaga Minda Kita' yang diadakan di ruang legar pusat membeli belah Petani Mall, di mana orang ramai berpeluang untuk menguji tahap kesejahteraan diri, menyertai Kuiz Kesihatan Mental dan mengadakan perjumpaan terbuka bersama ahli-ahli psikiatri.

 

Kementerian Kesihatan berharap dengan adanya program seumpamanya akan dapat meningkatkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk setempat, malah dapat memupuk kerjasama di antara pihak kerajaan dengan pihak bukan kerajaan, swasta dan orang ramai bagi memperkasakan lagi komitmen dalam menerapkan cara hidup sihat sebagai budaya kehidupan seharian.

 

Turut hadir, isteri Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Datin Dr. Hajah Noraslinah binti Haji Ramlee selaku Pengerusi Bersama Majlis; Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Abdul Manap bin Othman; Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Dr. Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif dan Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08