FacebookInstagramTwitterContact

 

An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lumba Perahu Tradisi Sungai Belait 2018 Berlangsung Meriah


YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

 


 August 27th, 2018  |  09:30 AM  |   503 views

KUALA BELAIT

 

Acara Lumba Perahu Tradisi Sungai Belait 2018 yang diadakan  di Kawasan Perairan Sungai Belait, berhadapan Taman Persiaran Menara Cendera Kenangan, Kuala Belait hari ini berlangsung dengan meriah.

 

Acara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 tahun Bagi Daerah Belait Tahun 2018 itu dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Daerah Belait.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada acara tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Turut hadir, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha - Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Belait, pegawai-pegawai kanan KHEDN, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 tahun Bagi Daerah Belait.

 

Sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu 15 Pekayuh Terbuka, 20 Pekayuh Terbuka, 25 Pekayuh Terbuka, 12 Pekayuh dan 15 Pekayuh Jawatankuasa dan Jabatan Kerajaan di Daerah Belait serta 30 Pekayuh Maraton.

 

Pada pertandingan tersebut, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri turut serta berkayuh dalam Pasukan Jawatankuasa, sementara Setiausaha-Setiausaha Tetap KHEU dan KHEDN masing-masing menyertai Pasukan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Pasukan Jabatan Daerah Belait dan Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi B Daerah Belait. Manakala Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN masing-masing menyertai Pasukan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.

 

Acara kemuncak bagi keseluruhan acara ialah pertandingan Kategori 30 Pekayuh Maraton yang mana pelepasan acara disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

Pertandingan yang bermula dari kawasan Sungai Damit itu disertai oleh tujuh pasukan terdiri dari Majlis Sukan Polis Diraja Brunei, Persatuan Sungai Bunga, Waktu Brunei Darussalam, Pasukan Daerah Belait, Pasukan Bandaran Gabungan Ugama, Belait Paddlers Team dan Pasukan Bravo 995.

 

Di akhir acara, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08