FacebookInstagramTwitterContact

 

An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Badminton Berpasukan Milik Brunei Muara


PERLAWANAN Perseorangan Lelaki Berpasukan Akhir di antara pasukan Daerah Brunei dan Muara bertemu dengan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

 


 August 28th, 2018  |  09:42 AM  |   544 views

BERAKAS

 

Pasukan Daerah Brunei dan Muara (DBM) muncul johan pada acara sukan Badminton Berpasukan bagi Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) Ke-4 setelah menghampakan pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB), 3 - 2 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan Gerak Badan Bolkiah Kem, di sini.

 

Pada perlawanan Perseorangan Lelaki Berpasukan menyaksikan Jaspar Yu Woon Chai dari Daerah Brunei dan Muara akur kepada Rahman bin Haji Md. Tahir dari MS ABDB melalui 'rubber set', 18 - 21, 21 - 17 dan 17 - 21.

 

Sementara itu, Nuraqilah binti Haji Shahroney / Namdin (MS ABDB) berjaya mengalahkan Pengiran Nurhaziqah Azmina binti Pengiran Sahminan (Daerah Brunei dan Muara) dengan kiraan 'rubber set', 21 - 16, 18 - 21 dan 19 - 21 pada acara perseorangan wanita berpasukan.

 

Pada acara Beregu Lelaki Berpasukan pula, pasangan Mohammad Shahirul bin Mohd. Jenin dan Michael Nyau Mee Yinn (Daerah Brunei dan Muara) menang mudah ke atas Yusman bin Mohd. Jenin dan Muruddin bin Haji Jekeria dengan 'straight set', 21 - 8 dan 21 - 15.

 

Pasukan DBM terus meraih satu mata lagi melalui Beregu Wanita Berpasukan apabila pasangan Siti Marinah binti Mohd. Salleh dan Sazelinah binti Haji Mohammad Sa'at menjinakkan pasangan Noor Azura binti Mohd. Salleh dan Malasari binti Haji Brahim (MS ABDB), 'straight set', 21 - 7 dan 21 - 7.

 

Mata kemenangan pasukan DBM diperoleh melalui perlawanan Beregu Campuran, di mana pasangan Ahmad bin Haji Abdul Razak dan Chieng Mei Ling mengalahkan pasangan Mohd. Rahimin bin Mohd. Azri dan Hajah Nuralimah binti Abdullah Juna (MS ABDB) dengan kiraan 21 - 12 dan 21 - 10.

 

Sementara itu, tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan Daerah Tutong dan Intitut Pengajian Tinggi.

 

Sebanyak 11 pasukan bersaing pada acara Badminton kali ini yang terdiri daripada pasukan DBM, pasukan Gabungan Syarikat Komunikasi Brunei, pasukan Daerah Tutong, pasukan Persatuan Bank-bank Brunei, pasukan Gabungan Syarikat Brunei Shell, pasukan Daerah Temburong, pasukan Daerah Belait, pasukan Intitusi Pengajian Tinggi, pasukan MS ABDB, pasukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei Darussalam dan pasukan Penerbangan Diraja Brunei, yang mana kesemua pasukan ini dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu Kumpulan 'A' hingga 'D'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08