Home > Bahasa Melayu
Permohonan HECAS Atas Talian Ditutup 29 Ogos
August 28th, 2018 | 09:45 AM | 116 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Permohonan HECAS 2018 (Pusingan Kedua) secara atas talian secara rasmi akan ditutup pada Rabu, 29 Ogos 2018 jam 4.30 petang.
Pemohon hendaklah memastikan untuk menekan butang 'submit' pada borang atas talian HECAS sebelum tarikh tutup. Sebarang rayuan bagi membuat permohonan melalui HECAS 2018 (Pusingan Kedua) secara atas talian tidak akan dilayan.
Pemohon hendaklah menghadapkan dokumen yang diperlukan (hard copy) termasuk borang HECAS yang dicetak kepada Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan pada Isnin, 3 September 2018 jam 4.30 petang dan menghadapkan permohonan atas talian UBD Online Admissions Application (OASys) pada Rabu, 29 Ogos 2018.
Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan dan Universiti Brunei Darussalam berhak menolak permohonan yang tidak lengkap dan mengandungi maklumat yang tidak betul.
Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk memenuhi senarai semak yang ada di dalam HECAS Portal.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]