Home > Bahasa Melayu
Mesyuarat KUPB Ditangguhkan
SEBAHAGIAN daripada ahli-ahli koperasi dan pemegang saham yang hadir pada mesyuarat tersebut.
August 28th, 2018 | 09:51 AM | 212 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mesyuarat Koperasi Usahajaya PEKIRA Berhad (KUPB) yang dijadualkan berlangsung pada Ahad 26 Ogos 2018, terpaksa ditangguhkan disebabkan korum ahli yang menghadiri mesyuarat tersebut tidak mencukupi mengikut kehendak 19(3) dari Tambahan Peraturan Akta Koperasi (Penggal 84), setelah majlis menunggu satu jam dari jam mesyuarat sepatutnya dimulakan.
Ahli-ahli Koperasi yang hadir pada mesyuarat tersebut bersetuju supaya mesyuarat ditangguhkan kepada suatu tarikh baru, dalam tempoh satu minggu dari tarikh diadakan iaitu pada Ahad, 2 September 2018 mulai jam 8.30 pagi di tempat yang sama, iaitu Bilik Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Sehubungan itu Lembaga Koperasi Usahajaya PEKIRA Berhad (KUPB) sangat-sangat mengharapkan supaya Ahli-ahli Koperasi dan pemegang saham akan dapat hadir ke mesyuarat agung tersebut pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan di atas.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]