FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jumlah Perdagangan Mei 2018 Meningkat 12.5 Peratus


 


 August 28th, 2018  |  09:52 AM  |   169 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumlah perdagangan pada bulan Mei 2018 meningkat kepada BND1,203.8 juta berbanding BND1,070.5 juta pada bulan Mei 2017, iaitu peningkatan sebanyak 12.5 peratus tahun-ke-tahun.

 

Jumlah eksport menurun sebanyak 0.6 peratus tahun-ke-tahun kepada BND722.2 juta daripada BND726.8 juta (Mei 2017), terutamanya disebabkan oleh penurunan eksport Bahan-Bahan Kimia. Walau bagaimanapun, penurunan ini diimbangi oleh peningkatan eksport Minyak Mentah dan Gas Cecair Asli (LNG), masing-masing meningkat sebanyak 8.1 peratus dan 3.7 peratus tahun-ke-tahun.

 

Jumlah import barangan mencatatkan peningkatan sebanyak 40.1 peratus tahun-ke-tahun daripada BND343.7 juta (Mei 2017) kepada BND481.6 juta (Mei 2018). Manakala, penyumbang import lima tertinggi mengikut komoditi adalah Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan (42.7 peratus) diikuti oleh Barang-Barang Keluaran Kilang (24.3 peratus), Makanan (11.8 peratus), Pelbagai Barang Keluaran Kilang (7.7 peratus) dan Bahan-Bahan Kimia (6.3 peratus).

 

Pada bulan Mei 2018, pasaran eksport terbesar adalah negara Jepun iaitu sebanyak 31.9 peratus dari jumlah eksport, diikuti oleh Taiwan (17.3 peratus), India (16.6 peratus), Australia (12.8 peratus) dan lain-lain.

 

Import mengikut negara asal, sumbangan terbesar adalah dari negara China sebanyak 35.8 peratus diikuti oleh Malaysia (14.6 peratus), Singapura (11.9 peratus) dan lain-lain.

 

Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa (International Merchandise Trade Statistics, IMTS) bagi Negara Brunei Darussalam menggunakan 'General System' bagi merekodkan perangkaan perdagangan yang meliputi import, eksport domestik dan eksport semula.

 

Laporan penuh IMTS bagi Mei 2018 boleh didapati melalui laman sesawang JPKE di 'www.depd.gov.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07