FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelajar Negara Menangi Pingat Pada Pertandingan APTJSO Ke-7


MENTERI Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, Yang Berhormat Yeo Bee Yin semasa melawat petak pameran Pasukan Brunei.

 


 August 28th, 2018  |  09:59 AM  |   287 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dengan tema "Sains dan Inovasi untuk Kesihatan Baik dan Kesejahteraan Masyarakat", Pertandingan ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APTJSO) Ke-7 yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Pertandingan tersebut diadakan pada 29 Julai hingga 4 Ogos lalu menyaksikan pasukan negara berjaya merangkul tiga pingat gangsa dalam modul Great Science Quest, manakala Awang Mohammad Nursyahmi bin Mohammad Hilmi dan Awang Abdul Wafiq Bin Haji Rosaimi masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa dalam modul Great Science Pitch.

 

APTJSO adalah pertandingan tahunan yang menyasarkan kepada pelajar cerdas pintar, berusia di antara 13 hingga 15 tahun dari rantau ASEAN Plus Three (APT) untuk menunjukkan kemahiran dalam makmal Biologi, Kimia dan Fizik, selain bekerjasama dengan pelajar dari negara anggota lain dalam persembahan projek kumpulan campuran serta bersaing dalam persembahan poster berkumpulan berasaskan negara berdasarkan tema tahun ini.

 

Selain itu, APTJSO menyediakan peluang kepada para pelajar untuk berkongsi idea dan meraih pengalaman melalui aktiviti kerja kumpulan, sambil mengembangkan keupayaan mereka untuk menjalankan penyelidikan dan memupuk kreativiti dalam bidang sains dan teknologi.

 

Pertandingan tujuh hari itu disertai oleh lebih 80 pelajar dan guru dari rantau APT, bertujuan untuk menggalakkan dan mencabar pelajar berbakat untuk cemerlang dalam bidang sains, teknologi dan inovasi serta merangsang rasa ingin tahu, intelektual pelajar melalui pelbagai pengalaman dan eksperimen.

 

Brunei diwakili oleh Awang Mohd. Nursyahmi bin Mohammad Hilmi dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan; Awang Abdul Wafiq bin Haji Rosaimi dari Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong dan Daniel Liew Wei En dari Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar yang diketuai oleh Zulhezan Abdullah dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain / Unit Pendidikan Khas sebagai guru pengiring.

 

Pertandingan dibahagikan pada tiga modul utama, iaitu Great Science Ideas; Great Science Quest dan Great Science Pitch. Pelajar negara turut menghadiri Share Science Great, di mana mereka dibimbing bersama saintis di seluruh Malaysia.

 

Dalam modul Great Science Ideas, pasukan diberi tugasan menghasilkan persembahan video selama tiga minit dan persembahan poster mengenai tajuk "Bagaimana Sains, Teknologi dan Inovasi membantu mengurangkan obesiti dengan mereka semula ruang awam pada tahun 2030?". Para pelajar juga ditugaskan untuk mendirikan petak pameran untuk mempamerkan penemuan mereka.

 

Sementara itu, dalam Pertandingan Great Science Quest, modul ini dibahagikan pada dua bahagian, di mana dalam modul luaran, pelajar ditugaskan untuk menyelesaikan masalah yang berlainan di pusat pemeriksaan yang berbeza menggunakan penyelesaian saintifik, teknologi dan inovatif, sementara dalam penilaian kemahiran makmal, pelajar akan menyelesaikan satu siri eksperimen dalam makmal Biologi, Kimia dan Fizik, berdasarkan tema "Penyakit berjangkit", selaras dengan tema keseluruhan "Sains & Inovasi untuk Kesihatan Baik dan Kesejahteraan Masyarakat" . Di sini, pasukan Brunei memenangi pingat gangsa.

 

Manakala itu, dalam modul Great Science Pitch, pelajar dibahagikan kepada kumpulan bangsa campuran dan dikehendaki menyelesaikan masalah selaras dengan tiga Matlamat Pembangunan Mampan Bangsa-Bangsa Bersatu (penyakit tidak berjangkit).

 

Awang Mohammad Nursyahmi bin Mohammad Hilmi memenangi pingat perak dengan mencadangkan penyelesaian pada penyakit Alzheimer, manakala Awang Abdul Wafiq bin Haji Rosaimi membawa pulang pingat gangsa dengan mencadangkan penyelesaian pada masalah berkaitan dengan Kencing Manis.

 

Menurut Zulhezan, program itu dianjurkan dengan berkesan dan menyediakan platform yang berguna untuk pelajar dan guru untuk menjalin jaringan dan berkongsi amalan profesional mereka di antara satu sama lain, terutama dalam bidang pendidikan sains.

 

"Program ini mengadakan satu program yang berasingan bagi guru yang dipanggil "Program Rangkaian Guru APT", di mana kami dibawa ke beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur yang memfokus ke pelbagai bidang kemahiran, antaranya pusat PERMATA pintar, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam dan Sekolah Sukan Bukit Jalil."

 

Para peserta APTJSO Ke-7 juga berpeluang melawat beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur, iaitu Petrosains KLCC, Planetarium Negara, Masjid Putra dan Dataran Putra.

 

Awang Daniel Liew Wei En berkata, "Pengalaman APTJSO ini menguatkan keyakinan saya terutama dalam komunikasi dengan orang lain. Bekerja dengan pelajar cerdas pintar lain daripada program ini sangat memberi inspirasi dan membuka mata. Saya benar-benar berterima kasih atas peluang ini untuk mewakili Brunei pada peringkat serantau".

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07