Home > Bahasa Melayu
Dompet Pembayaran Elektronik Bawa Tuah Kepada Brupay
NAIB Pengerusi, Persatuan Bank-Bank Brunei (BAB), Awang Abdul Razak bin Abdul Malek semasa mengongsikan dengan bab.
August 28th, 2018 | 10:31 AM | 715 views
ANGGEREK DESA
BruPay Sdn. Bhd. berjaya merebut tempat pertama bagi produknya, iaitu dompet pembayaran elektronik. BruPay Sdn. Bhd. juga akan mempamerkan solution Fintech mereka semasa di Singapore Fintech Festival yang akan datang.
Mereka akan diberikan peluang untuk menyertai Innovation Lab Crawl, yang mana lebih daripada 20 institusi kewangan di Singapura akan mengunjunginya bagi mengetahui solution-solution Fintech yang terkini.
Terdahulu, WasapPay Enterprise, Jana Modal Ethis, Chynge Sdn. Bhd. dan BruPay Sdn. Bhd. menghuraikan pembentangan solution Fintech mmasing-masing kepada panel hakim pada Jerayawara Singapore Fintech Festival (SFF) dan PitchFest yang diadakan di Bangunan Design and Technology (D&T), di sini.
Panel hakim terdiri daripada Ketua Fintech Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Awang Haji Mohammad Khairul Zaki bin Haji Mohiddin; Pengarah Fintech and Innovation Group, Monetary Authority of Singapore (MAS), Roy Teo; Naib Pengerusi, Persatuan Bank-Bank Brunei (BAB), Awang Abdul Razak bin Abdul Malek; Pengarah, Risk Assurance (Governance, Risks and Controls) PricewaterhouseCoopers (PwC), Andrew Bronshtein dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Darussalam Enterprise (DARe), Daniel Leong Nyuk Ming.
Jerayawara dan PitchFest merupakan salah satu daripada segmen di bawah SFF bagi Tahun 2018, yang selaras dengan inisiatif Singapura untuk mengetengahkan perkembangan Fintech dan menyediakan sebuah platform bagi mempamerkan solution Fintech yang inovatif dari negara-negara ASEAN semasa ASEAN Fintech Showcase, yang mana salah satu elemen baharu yang diperkenalkan pada festival tahun ini.
Pada acara tersebut, sebuah panel yang dikendalikan oleh Andrew Bronsthein dari PwC, turut menyentuh mengenai peluang-peluang Fintech di antara Negara Brunei Darussalam dan Singapura yang juga dibincangkan oleh wakil-wakil dari AMBD, BAB, DARe dan NETS.
Ia diadakan oleh AMBD dengan kerjasama MAS, BAB dan DARe dan anjuran daripada PwC.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]