FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program RRP Dekati Remaja Dengan Perkembangan Semasa


PEMANGKU Penolong Pengarah, Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Eady Sardi bin Pehin Datu Derma Sakti Dato Paduka Haji Abdul Razak menyampaikan hadiah kepada pemenang Kuiz Penerangan pada Program RRP.

 


 August 28th, 2018  |  10:33 AM  |   971 views

KUALA BELAIT

 

Lebih daripada 380 penuntut Tahun 7, 9 dan 10 Sekolah Menengah (SM) Perdana Wazir berpeluang menghadiri Program Rakan Remaja Penerangan (RRP) yang diadakan di Dewan SM Perdana Wazir, anjuran Jabatan Penerangan melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Penolong Pengarah, Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Eady Sardi bin Pehin Datu Derma Sakti Dato Paduka Haji Abdul Razak.

 

Dalam ucapan alu-aluan Pengetua SM Perdana Wazir, Awang Mohamed Fliti, antara lain menekankan betapa pentingnya mengetahui hal-hal kenegaraan, menghargai khazanah negara kerana adalah wajar untuk semua pelajar mengetahuinya sehingga wujud rasa cinta dan menyayangi negara sendiri.

 

Program RRP merupakan program persembahan khusus bagi golongan remaja, terutama bagi pelajar sekolah dalam usaha untuk menyebarluaskan maklumat semasa, selain berpeluang untuk mendekati golongan belia dan remaja di sekolah-sekolah melalui seni hiburan yang terarah dan terbentuk pada satu kepimpinan yang sempurna.

 

Taklimat Kenegaraan 'Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Pegawai Penerangan selaku Ketua Cawangan Penerangan Daerah Belait, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahhuddin.

 

Program diteruskan dengan tayangan video 'Kibarkan Dengan Megah Bendera Negara', seterusnya diserikan dengan Persembahan Nyanyian 'Bila Tiba' dan 'Matahari', iaitu lagu-lagu berunsur motivasi secara Solo daripada Bintang Penerangan, Awang Isa Abd. Rahman.

 

Ia juga diserikan dengan persembahan nyanyian 'Sebarkan Ke Seantero Dunia' disampaikan oleh Melvina Mahrin, 14, penuntut Tahun 9 dan persembahan tarian 'Samalindang' daripada para penuntut sekolah berkenaan.

 

Penuntut juga dihiburkan dengan lawak jenaka berunsur motivasi, nasihat dan pengajaran yang dihasratkan melahirkan minda positif, khusus buat penuntut.

 

Pelita Brunei berkesempatan menemu bual, Guru Pravoc, Dayang Hajah Jamilah binti Haji Sulaiman dan Guru Relif, Dayang Azalia Maisurah binti Gunong, antara lain mengatakan, program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan itu wajar diteruskan di sekolah-sekolah kerana isi program yang disampaikan berunsur patrotik, keagamaan, pengetahuan dan hiburan yang bermotivasi, selain memberi pengetahuan tambahan tentang negara yang dicintai, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin baik di antara sekolah dan Jabatan Penrangan.

 

Objektif program tersebut adalah untuk mendekati para remaja di sekolah-sekolah supaya mereka peka dengan perkembangan semasa, di samping dapat menanamkan semangat kenegaraan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan remaja serta menjadikan pelajar sebagai ejen dalam penyebaran maklumat yang positif dan berkesan kepada rakan sebaya.

 

Kuiz Penerangan disampaikan oleh pelawak-pelawak undangan tanah air, sementara hadiah-hadiah disampaikan oleh tetamu kehormat kepada 10 penuntut yang berjaya menjawab kuiz.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07