FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jabatan Penerangan Dekati Penduduk Kampung Bukit


PROGRAM Sua Muka bersama Ketua Kampung Bukit membincangkan topik dan permasalahan yang ditimbulkan.

 


 August 28th, 2018  |  10:43 AM  |   266 views

TUTONG

 

Dalam usaha untuk terus mendekati penduduk kampung di negara ini, Program Sua Muka atau dikenali dengan Personal Contact kali ini diadakan di Kediaman Ketua Kampung Bukit, Awang Haji Muhammad Shadiqin bin Abdullah Janjam bersama Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK).

 

Ia adalah salah satu aktiviti berterusan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong dalam usaha untuk meneruskan kolaborasi yang lebih erat dalam hal ehwal kemasyarakatan.

 

Rombongan Jabatan Penerangan dialu-alukan oleh Ketua Kampung Bukit dan Ahli-ahli MPK. Turut hadir ialah Penghulu Mukim Ukong, Awang Haji Omar bin Abdul Aziz.

 

Mengetuai rombongan Jabatan Penerangan ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad dan disertai oleh beberapa orang pegawai dan kakitangan daripada Ibu Pejabat Jabatan Penerangan dan Cawangan Penerangan Daerah Tutong.

 

Program tersebut merupakan salah satu program di bawah strategi kerja jabatan, iaitu Komunikasi Bersemuka, yang dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala di antara pihak kerajaan dan rakyat.

 

Ia juga merupakan platform bagi mendapatkan isu-isu, pendapat dan cadangan yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam kerajaan.

 

Membarigakan, mempromosikan perkembangan dan kemajuan mukim dan kampung, terutamanya tempat dan produk untuk diperkenalkan kepada orang ramai, dari dalam dan luar negara dilaksanakan melalui penulisan rencana Kenali Negara Kitani (KNK) yang disiarkan di Pelita Brunei.

 

Awang Haji Muhammad Shadiqin bin Abdullah Janjam dilantik menjadi Ketua Kampung Bukit pada 29 Ogos 2003 sehingga sekarang. Dari segi pentadbiran, Kampung Bukit terletak dalam Mukim Ukong. Kampung Bukit mempunyai keramaian penduduk kira-kira 627 orang terdiri daripada Puak Dusun.

 

Kampung Bukit berkeluasan 41 kilometer persegi dan mengandungi lapan buah kampung kecil, iaitu Kampung Bang Ligi, Kampung Pulau Lamu, Kampung Pak Mahligai / Melaboi, Kampung Litad, Kampung Pangkalan Padang, Kampung Kaut Panchor, Kampung Danggor dan Kampung Bang Bingol. Kampung Bukit juga mempunyai produknya tersendiri yang dihasilkan oleh para penduduk kampung tersebut, iaitu sejenis makanan ringan yang dibuat daripada bahan baku padi, iaitu Amping dan mengeluarkan Minyak Supa (Kelapa) dan Kopi Beras.

 

Manakala itu, antara yang dikongsikan daripada pihak MPK dan penduduk kampung adalah isu-isu berkaitan kemudahan awam dan prasarana awam, isu kebersihan dan pembuangan sampah, penaiktarafan kemudahan jalan raya dan saliran longkang, kesukaran mendapatkan padi bagi menghasilkan produk amping dan mengenai perusahaan dan mempromosi produk penduduk dan kampung.

 

Melalui program berkenaan, pihak jabatan memperkenalkan dan membarigakan aplikasi mudah alih Jabatan Penerangan 'InfoDeptBN', seterusnya menerangkan tatacara untuk memuat turun aplikasi 'InfoDeptBN' melalui Google Playstore bagi para pengguna Android dan App Store bagi para pengguna iOS. Antara kandungan 'InfoDeptBN' adalah Pelita Brunei, Waktu Sembahyang, Diari Brunei, Iklan Jawatan Kosong dan sebagainya.

 

Juga dikongsikan bersama para penduduk kampung ialah bagaimana menangani penyebaran berita atau maklumat palsu yang boleh menjejaskan ketenteraman, menimbulkan kekeliruan dan ketakutan kepada orang ramai yang disampaikan oleh agensi kerajaan yang berkepentingan. Pihak Radio Televisyen Brunei juga turut serta untuk menunjuk cara yang betul bagi pemasangan Siaran TV Digital Analog, di mana ia membolehkan untuk menikmati perkhidmatan Siaran TV bermutu tinggi dan audio yang lebih jelas.

 

Program tersebut sebagai landasan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan agar semua anggota masyarakat memahami, menyokong dan menghayatinya secara berkesan, bukan sahaja melalui penyampaian taklimat, sesi dialog dan melalui lawatan-lawatan mengikut kesesuaian.

 

Sememangnya program yang menjurus pada mendekati orang ramai secara bersua muka adalah masih releven pada zaman yang canggih ini kerana ia lebih bersifat 'personal', interaksi akan lebih berkesan dan dapat memberikan jalinan muhibah yang baik.

 

Oleh itu, hubungan baik yang terjalin di antara warga perkhidmatan awam dan masyarakat akan dapat mewujudkan kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara. Ini sangat penting dalam memelihara perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat.

 

Dengan adanya program sebegitu, ia akan dapat memupuk semangat kekitaan, bertanggungjawab terhadap negara dan menyemai hubungan yang erat di antara kerajaan dengan rakyat.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07