Home > Bahasa Melayu
Mesyuarat Kali Ke-10 Kukuhkan Kerjasama BKN – CNB
DELEGASI dari Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura semasa mengadakan Mesyuarat Dua Hala yang berkaitan dengan situasi dan trend penyalahgunaan dadah.
August 28th, 2018 | 10:44 AM | 618 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kerjasama yang sedia ada di antara Biro Kawalan Narkotik (BKN) dengan Central Narcotics Bureau (CNB), Republik Singapura terus dikukuhkan dengan berlangsungnya Mesyuarat Dua Hala yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini.
Kerjasama kali ke-10 diadakan dalam pembanterasan penyalahgunaan dan pengedaran dadah haram di rantau sebelah sini.
Pada mesyuarat berkenaan, delegasi dari Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Pemangku Pengarah BKN, Awang Haji Mohd. Jaffari bin Haji Awang Mahadi, manakala dari Republik Singapura diketuai oleh Pengarah CNB, Mr. Ng Ser Song.
Mesyuarat antaranya mengongsikan situasi dan tren penyalahgunaan dadah dikedua buah negara, mengongsikan amalan-amalan terbaik, perkembangan dan pembaharuan ke atas prosedur dan perundangan yang berkaitan dengan pembanterasan penyalahgunaan dadah haram.
Turut sama dibincangkan ialah program-program pendidikan pencegahan dadah dan rawatan serta pemulihan dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan program sedia ada.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]