FacebookInstagramTwitterContact

 

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing           >>           Mexican Marigold Essential Oil Holds Potential As Powerful Natural Herbicide           >>           Medicinal Benefits Of Cinnamon           >>           Crocodile’s Head Pops Up In Puddle Outside Buckinghamshire Village           >>           You Wouldn’t Believe Some Of The Things Water Companies Find In UK’s Sewers           >>           'Buzzing' Rocket Valve Pushes 1st Astronaut Launch Of Boeing's Starliner Capsule To May 10           >>           Apple Pencil Pro adds squeeze, roll and haptic feedback to its bag of tricks           >>           Substack is trying to lure TikTok stars to its platform           >>           The UK's Ministry of Defence was hacked, and the country is reportedly blaming China           >>           United States Youth Keyrol Figueroa Signs Deal At Liverpool           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


429 Atlet Wakili Daerah Belait


PENYERAHAN bendera kontinjen disampaikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Ridzuan bin Haji Ahmad (kanan) kepada Pegawai Pentadbir Kanan di Jabatan Daerah Belait, Abdol Hazis bin Haji Ahad selaku Ketua Pasukan Daerah Belait.

 


 August 29th, 2018  |  09:39 AM  |   675 views

KUALA BELAIT

 

Daerah Belait akan menghantar seramai 429 atlet dan 17 petugas semasa berlangsungnya Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) yang akan diadakan pada 1 hingga 9 September ini.

 

Kontinjen tersebut akan menyertai 27 acara daripada 31 acara yang dipertandingkan, iaitu Badminton, Bola Jaring, Basikal, Bola Keranjang, Bola Lesut, Bola Sepak, Bola Tampar, Boling Padang, Catur, Dart, Futsal, Golf, Karate-Do, Kiu, Lawan Pedang, Lumba Perahu, Olahraga, Pencak Silat, Ping Pong, Rugby, Renang, Sepak Takraw, Squash, Taekwando, Tarik Kalat, Tenpin Bowling dan Wushu.

 

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Daerah Belait diadakan di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan, Kuala Belait.

 

Penyerahan bendera kontinjen disampaikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad kepada Pegawai Pentadbir Kanan di Jabatan Daerah Belait, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad selaku Ketua Pasukan Daerah Belait yang kemudiannya diserahkan kepada pembawa bendera Awang Muhd. Ameerul Solehen bin Muhd Kassim, atlet Taekwando.

 

Beliau merupakan atlet yang banyak menyertai kejohanan Taekwando di dalam mahupun di luar negara.

 

Antara kejohanan yang pernah disertainya ialah mendapat tempat pertama Pertandingan Taekwando Kebangsaan Brunei dan mengutip pingat emas Piala Puteri Diraja Thailand yang diadakan tahun ini.

 

Ketua Pasukan juga menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada penaja-penaja yang menaja kontinjen Daerah Belait.

 

Pada Kejohanan SKBD Kali Ke-3, Daerah Belait berjaya menduduki tempat ketiga daripada 14 kontinjen yang menyertai dengan mendapat enam pingat emas, enam pingat perak dan empat pingat gangsa.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penolong-penolong Ketua Pasukan Daerah Belait, pengurus-pengurus pasukan dan atlet-atlet yang menyertai sukan tersebut, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Belait dan Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait.

 

SKBD merupakan sukan yang diungkayahkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan dikelolakan oleh persatuan-persatua sukan di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing

 2024-05-08 09:13:10

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56