FacebookInstagramTwitterContact

 

Donation Presentation to Intending Haj Pilgrims           >>           Ground-breaking Ceremony           >>           16th IFSB Summit 2024           >>           16th Islamic Financial Service Board Summit 2024           >>           Islamic Financial Services Board Summit 2024           >>           Gleneagles JPMC Hari Raya Aidilfitri Open House           >>           18th DSA and 3rd NATSEC Asia           >>           The Morning After: Apple's new iPad Pro is thinner than an old iPod nano           >>           US revokes Intel and Qualcomm's licenses for chip sales to Huawei           >>           Meta is testing cross-posting from Instagram to Threads           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dunia Kini Hadapi Cabaran "Berita Palsu"


WAKIL Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet), Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu berucap.

 


 August 29th, 2018  |  09:45 AM  |   260 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Wakil Setiaudaha Tetap (Media dan Kabinet), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu antara lain berkata bahawa pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan sekerja dari Thailand ke negara ini.

 

Pertemuan itu adalah sebagai wadah kerjasama di antara kedua buah negara, khususnya di bidang Media Penyiaran dan Penerangan untuk membincangan perkara-perkara yang berhubung kait dengan bidang penyiaran dan penerangan di antara kedua-dua belah pihak.

 

Beliau berucap demikian ketika mewakili delegasi Brunei Darussalam pada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama Kali Ke-16 di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Thailand di bidang Penyiaran Dan Penerangan diadakan hari ini selama dua hari di Bangunan Jabatan Perdana Menteri.

 

Dalam ucaptama beliau, pada bulan Jun lalu, dunia terkejut dengan berita 12 budak lelaki yang hilang di Gua Tham Luang, Chiang Rai, Thailand dan bersyukur kerana kesukaran itu berakhir dan kembali pada kehidupan normal mereka. Kekaguman dalam misi mencari dan menyelamat dalam insiden itu membawa dunia dalam perpaduan dan media memainkan peranan penting untuk memastikan berita disiarkan.

 

Insiden tersebut pastinya pembuka mata untuk seluruh dunia dan khususnya di Negara Brunei Darussalam dalam kesediaan kita jika perkara itu berlaku. Dalam pertemuan itu, beliau berharap dapat berkongsi pengalaman mereka dalam mengendalikan media semasa kejadian berkenaan.

 

Seterusnya beliau berkata, pada melihat peralihan penggunaan maklumat, kemajuan media alternatif mengubah cara penyebaran maklumat. Oleh itu, media tradisional perlu bersaing, berinovasi dan sentiasa menghasilkan kandungan yang menarik. Pastinya media tradisional tidak akan mengalah pada saluran media sosial dan media alternatif sebagai sumber maklumat, berita dan hiburan.

 

Tambahan beliau, dunia kini menghadapi cabaran baharu, iaitu 'Berita Palsu'. Terdapat orang yang bersifat tidak bertanggungjawab dalam mencipta dan memutarbelitkan maklumat dengan menyiarkan berita-berita palsu, dengan matlamat untuk sengaja mengelirukan masyarakat bagi pelbagai kepentingan dan tujuan. Oleh itu, cabaran besar adalah untuk menjamin kredibiliti dan kesahihan sumber maklumat tersebut.

 

Negara Brunei Darussalam dan Thailand perlu mempertingkatkan kefahaman dalam bidang sosial dan budaya melalui pelbagai wadah atau platform seperti program-program pertukaran bagi program televisyen dan radio, cetakan, pameran dan pertukaran pegawai kerajaan.

 

Kerjasama tersebut pasti mengukuhkan rangkaian-rangkaian penyiaran dan penerangan kedua-dua buah negara dan memberikan sumbangan paling penting pada persahabatan yang erat di antara agensi-agensi pelaksanaan dan meningkatkan pemahaman dalam masyarakat.

 

Sementara itu, Ketua Perwakilan Thailand, Dr. Charoon Chaisorn selaku Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Awam, dalam ucapan alu-aluannya percaya bahawa tujuan perjumpaan itu adalah untuk mengkaji semula kerjasama dua tahun lalu dan membincangkan cara mencapai hasil yang lebih baik untuk tahun-tahun mendatang dan menggalakkan penyertaan dan perbincangan aktif supaya mempunyai hasil yang nyata untuk berkhidmat kepada rakyat di kedua-dua buah negara.

 

Menurut beliau, Program Radio Kembar, yang merupakan program radio liputan langsung di antara Radio Thailand dan Radio Televisyen Brunei (RTB) sebagai contoh, terbukti dan memainkan peranan dalam mempromosikan pemahaman di antara rakyat kedua-dua buah negara.

 

Mesyuarat juga membincangkan projek-projek dan kegiatan yang diungkayahkan bersama dalam bidang kerjasama penyiaran dan penerangan oleh Jabatan Radio Televisyen Brunei dan Jabatan Penerangan bersama Jabatan Perhubungan Awam dan National Broadcasting Services of Thailand.

 

Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad serta pegawai-pegawai kanan di JPM, RTB dan Jabatan Penerangan serta delegasi Negara Thailand terdiri daripada lapan pegawai kanan di Jabatan Perhubungan Awam, Thailand.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-09 00:32:10