FacebookInstagramTwitterContact

 

18th DSA and 3rd NATSEC Asia           >>           The Morning After: Apple's new iPad Pro is thinner than an old iPod nano           >>           US revokes Intel and Qualcomm's licenses for chip sales to Huawei           >>           Meta is testing cross-posting from Instagram to Threads           >>           Battles In East Rafah As Israel Reopens Key Kerem Shalom Aid Crossing           >>           Ukraine Hit By 'Massive' Attack On Energy Grid           >>           Dozens Rescued As Tornado Collapses Michigan Fedex Depot           >>           Anger In Nigeria Over Levy On Money Transfers           >>           Assad Vala To Lead PNG In T20 World Cup, Charles Amini To Be Vice-Captain           >>           Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Brunei - Indonesia Terus Kukuhkan Pelbagai Sektor


HADIR selaku tetamu kehormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri.

 


 August 29th, 2018  |  10:15 AM  |   856 views

JERUDONG

 

Hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia mencapai tahap kukuh merangkumi semua sektor, iaitu politik dan keselamatan, ekonomi, perdagangan dan industri juga sosial, budaya dan pendidikan.

 

Perkara tersebut antara yang dijelaskan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Sujatmiko pada Majlis Resepsi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia Ke-73 yang berlangsung di Dewan Indera Samudera Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club, di sini.

 

Jelas Tuan Yang Terutama, cabaran untuk kedua buah negara sekarang adalah untuk mengekalkan momentum hubungan mereka agar ia menjadi lebih kukuh lagi.

 

Sehubungan itu tambahnya, Lawatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Indonesia pada bulan Mei tahun ini, telah memperkuatkan lagi asas bagi kedua-dua negara untuk bergerak maju dalam meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

 

Berikutan perbincangan kedua-dua pemimpin semasa lawatan tersebut ujarnya, Republik Indonesia dan Negara Brunei Darussalam mengadakan Forum Kerjasama Dua Hala Jawatankuasa Bersama (JCBC) pada 19 hingga 20 Julai 2018 lalu yang bertujuan untuk meneroka peluang-peluang ekonomi dan perniagaan serta kerjasama yang saling menguntungkan bagi kedua-dua buah negara.

 

Republik Indonesia dan Negara Brunei Darussalam menurutnya, menggariskan kepentingan bagi kedua-dua pihak untuk meneroka potensi-potensi yang belum diterokai dalam perdagangan dan pelaburan serta meningkatkan kesalinghubungan.

 

Kedua-dua buah negara juga katanya, menekankan kepentingan hubungan rapat dalam kalangan sektor swasta dan komuniti perniagaan dalam menyokong matlamat bersama dalam menggalakkan kerjasama ekonomi yang lebih kukuh.

 

Hadir mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri.

 

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan diikuti lagu kebangsaan Republik Indonesia.

 

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Tuan Yang Terutama berserta Ketua-ketua Perwakilan Negara ASEAN di negara ini bersama-sama memotong kek Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Indonesia.

 

Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dari Sumatra Barat yang mempunyai persamaan sejarah dengan Negara Brunei Darussalam dari segi aspek kebudayaan, khususnya amalan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian, seperti yang digambarkan melalui falsafahnya ''Adat Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah''.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-09 00:32:10