FacebookInstagramTwitterContact

 

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing           >>           Mexican Marigold Essential Oil Holds Potential As Powerful Natural Herbicide           >>           Medicinal Benefits Of Cinnamon           >>           Crocodile’s Head Pops Up In Puddle Outside Buckinghamshire Village           >>           You Wouldn’t Believe Some Of The Things Water Companies Find In UK’s Sewers           >>           'Buzzing' Rocket Valve Pushes 1st Astronaut Launch Of Boeing's Starliner Capsule To May 10           >>           Apple Pencil Pro adds squeeze, roll and haptic feedback to its bag of tricks           >>           Substack is trying to lure TikTok stars to its platform           >>           The UK's Ministry of Defence was hacked, and the country is reportedly blaming China           >>           United States Youth Keyrol Figueroa Signs Deal At Liverpool           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Belia Korea Pelajari Kebudayaan NBD


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin beramah mesra bersama para peserta Program Pertukaran Belia yang telah diadakan di TEMUBUAL bersama Ketua Rombongan Delegasi dari Republik Korea, Dongkeun Kang.

 


 August 29th, 2018  |  10:31 AM  |   207 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Hubungan persahabatan dan persefahaman di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea semakin kukuh dan terjalin erat dengan adanya Program Pertukaran Belia Dua Hala Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea.

 

Majlis Resepsi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama Peserta Program Pertukaran Republik Korea, bertempat di Dewan Silaturrahim, Pusat Belia, di sini.

 

Hadir ke majlis resepsi tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yoon Hyun-bong.

 

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Rombongan 10 belia dari Republik Korea tersebut diketuai oleh Pegawai Ministry of Gender, Equality and Family, Republik Korea, Mr. Kang Dongkeun yang berada di negara ini sejak 27 Ogos lalu sehingga program berakhir pada 5 September nanti.

 

Dalam temu bual Pelita Brunei bersama Mr. Kang Dongkeun berkata, kali pertama beliau sampai ke negara ini beliau begitu tertarik dengan keindahan dan kehijauan persekitaran di sini yang begitu berbeza dengan bandar raya di Korea yang pesat membangun.

 

Menyentuh tentang program tersebut, beliau menjelaskan rombongan belia itu berada di negara ini untuk belajar tentang budaya dan sejarah Brunei, yang mana pengalaman semasa berada di negara akan dikongsikan bersama rakan-rakan di Korea nanti.

 

Sementara itu, bagi mahasiswa Tahun 4 dari University of Korea, Somin Lee pula sangat teruja kerana diberikan peluang untuk menyertai program tersebut.

 

Tambahnya, salah satu pengisian program yang beliau nantikan ialah 'homestay' bersama keluarga angkat selama dua (2) hari.

 

Selain itu katanya, mereka juga akan berada di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien bagi menyertai BandarKu Ceria dan akan memperlihatkan budaya dan tradisi Korea.

 

Program berkenaan merupakan salah satu program di bawah perjanjian kerjasama atau 'Arrangement on Cooperation on Youth Matters' yang dimeterai di antara kedua buah kerajaan dan dipersetujui pada 10 Februari 2010 dan mula dilaksanakan setahun kemudian.

 

Program tahun ini merupakan Kali Ke-8 ia diadakan dengan rombongan belia dari negara ini membuat pertukaran lawatan ke Republik Korea pada 27 Jun hingga 5 Julai yang lalu.

 

Setakat ini, seramai 80 belia dari negara ini dan 80 belia dari Republik Korea menyertainya yang antara lain bertujuan untuk menjalin persahabatan dan persefahaman muhibah dalam kalangan para belia kedua buah negara, dalam suasana harmoni dan setiakawan melalui interaksi yang sihat.

 

Selain itu, melalui program tersebut juga, mereka dapat berkongsi dan bertukar pandangan dan pengalaman berguna daripada sudut sosio-ekonomi, sosio politik, adat resam dan kebudayaan.

 

Antara pengisian program tersebut termasuk membuat interaksi bersama belia tempatan dan lawatan sambil belajar seperti ke Pusat Belia Bandar Seri Begawan, Pusat Pembangunan Belia, Universiti Brunei Darussalam, Muzium Teknologi Melayu, Muzium Alat-alat Kebesaran Diraja, Darussalam Enterprise (DARe), iCentre, Majlis Perundingan Kampung Putat, menyaksikan kemeriahan BandarKu Ceria dan sebagainya, termasuk 'homestay' bersama keluarga angkat selama dua (2) hari.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing

 2024-05-08 09:13:10

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56