FacebookInstagramTwitterContact

 

Donation Presentation to Intending Haj Pilgrims           >>           Ground-breaking Ceremony           >>           16th IFSB Summit 2024           >>           16th Islamic Financial Service Board Summit 2024           >>           Islamic Financial Services Board Summit 2024           >>           Gleneagles JPMC Hari Raya Aidilfitri Open House           >>           18th DSA and 3rd NATSEC Asia           >>           The Morning After: Apple's new iPad Pro is thinner than an old iPod nano           >>           US revokes Intel and Qualcomm's licenses for chip sales to Huawei           >>           Meta is testing cross-posting from Instagram to Threads           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


IPT Swasta Berperanan Lahirkan Cendekiawan Mahir


MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar ketika berucap.

 


 August 29th, 2018  |  10:34 AM  |   303 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam menghadapi cabaran globalisasi, Institusi Pengajian Tinggi Swasta tidak dinafikan turut memainkan peranan penting dalam melahirkan cendekiawan mahir untuk memenuhi keperluan industri.

 

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menjelaskan demikian semasa menyampaikan ucaptamanya pada Majlis Konvokesyen Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (KIGS) 2018 di Dewan Serambi Suluh, Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan, Bandar Seri Begawan, di sini.

 

Yang Berhormat berkata, pasaran pekerjaan ketika ini melihat institusi pendidikan merupakan satu pusat kepakaran dalam membantu menyediakan keperluan kepakaran mengikut kehendak pasaran dengan menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran.

 

"Jaringan kerjasama dengan industri perlu dipergiatkan untuk membuka peluang latihan yang lebih luas, khususnya dalam bidang-bidang kritikal bagi melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.

 

Saya percaya dengan memberikan tumpuan pada peningkatan kualiti graduan menerusi pelaksanaan program kolaborasi dengan institusi tertinggi dalam negeri, serantau dan antarabangsa akan dapat memberikan laluan kepada para graduan untuk mencapai piawaian antarabangsa dan mempunyai potensi untuk berjaya dalam pasaran pekerjaan setaraf dengan kehendak industri," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Yang Berhormat seterusnya teruja dengan program-program yang sedang dikelola oleh KIGS yang relevan dengan keperluan industri dengan menyerapkan kemahiran-kemahiran yang selaras dengan keperluan industri, khususnya industri kreatif yang menjurus pada seni kreatif seperti pengiklanan dan penyiaran multimedia, seni lukis dan reka bentuk, media elektronik, animasi dan multimedia teknologi, multimedia interaktif dan seni grafik, bagi memperkasa modal insan yang dapat mewujudkan kemahiran asas yang signifikan dan kompeten, agar pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial dapat dilaksanakan secara holistik.

 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kreativiti dan inovasi memainkan peranan yang penting pada pembaharuan, ke arah mencapai objektif itu, kejayaan sesebuah inovasi memerlukan sistem pendidikan yang mantap bagi memupuk modal insan yang kreatif, inovatif dan analitikal, jelas Yang Berhormat.

 

"Oleh yang sedemikian, langkah yang telah diambil oleh KIGS dengan menyerapkan elemen-elemen yang menjurus pada inovasi dan kreativiti ke dalam kurikulum pembelajaran selaras dengan keperluan industri adalah bertepatan dengan perkembangan pendidikan di abad ke-21 ini.

 

Ia selaras dengan Wawasan Brunei 2035 ke arah menjadikan negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran," terang Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-09 00:32:10