FacebookInstagramTwitterContact

 

The Morning After: Apple's new iPad Pro is thinner than an old iPod nano           >>           US revokes Intel and Qualcomm's licenses for chip sales to Huawei           >>           Meta is testing cross-posting from Instagram to Threads           >>           Battles In East Rafah As Israel Reopens Key Kerem Shalom Aid Crossing           >>           Ukraine Hit By 'Massive' Attack On Energy Grid           >>           Dozens Rescued As Tornado Collapses Michigan Fedex Depot           >>           Anger In Nigeria Over Levy On Money Transfers           >>           Assad Vala To Lead PNG In T20 World Cup, Charles Amini To Be Vice-Captain           >>           Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win           >>           Malaysian Football On Guard After Spate Of Player Attacks           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perletakan Batu Asas Bangunan Kedutaan Kerajaan Arab Saudi Baharu


TETAMU Kehormat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud bersama KUASA Usaha Sementara Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Hussain Mohammed M. Al Dajani me

 


 August 29th, 2018  |  10:36 AM  |   394 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Hubungan erat Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Arab Saudi (KSA) diperkukuhkan lagi dengan pembinaan bangunan kedutaan dan kediaman rasmi KSA di negara ini yang baharu.

 

Satu Majlis Pecah Tanah bagi Pembinaan Bangunan Kedutaan Diraja dan Kediaman Rasmi Duta KSA di Negara Brunei Darussalam yang baharu telah diadakan di tapak pembinaannya di Ambassador's Enclave, Jalan Kebangsaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.

 

Dalam ucapan alu-aluan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Hussain Mohammed M. Al Dajani mengongsikan hubungan Brunei - KSA sudah terjalin sejak 40 tahun dahulu dan semakin mencapai kemajuan yang diharapkan berkat kepimpinan pemerintah kedua-dua buah negara, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Negara Arab Saudi.

 

Dengan terbinanya bangunan Kedutaan dengan spesifikasi dan reka bentuk seni bina moden tersebut, tambahnya, akan dapat mewakili KSA di negara ini sejak pembukaan misi kedutaan tersebut pada 1 Januari 1996.

 

Majlis diteruskan dengan memecah tanah bagi peletakan batu asas pembinaan Bangunan Kedutaan Diraja dan Kediaman Rasmi Duta KSA oleh tetamu kehormat dan Hussain Mohammed M. Al Dajani.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap Hal Ehwal Politik di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Negara Brunei Darussalam, Hajah Siti Norishan Haji Abdul Ghafoor dan beberapa ketua-ketua perwakilan negara sahabat yang lain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-08 22:59:10