FacebookInstagramTwitterContact

 

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing           >>           Mexican Marigold Essential Oil Holds Potential As Powerful Natural Herbicide           >>           Medicinal Benefits Of Cinnamon           >>           Crocodile’s Head Pops Up In Puddle Outside Buckinghamshire Village           >>           You Wouldn’t Believe Some Of The Things Water Companies Find In UK’s Sewers           >>           'Buzzing' Rocket Valve Pushes 1st Astronaut Launch Of Boeing's Starliner Capsule To May 10           >>           Apple Pencil Pro adds squeeze, roll and haptic feedback to its bag of tricks           >>           Substack is trying to lure TikTok stars to its platform           >>           The UK's Ministry of Defence was hacked, and the country is reportedly blaming China           >>           United States Youth Keyrol Figueroa Signs Deal At Liverpool           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penerbangan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba


MENTERI Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar dan Pemangku Menteri Hal Ehwa

 


 August 29th, 2018  |  10:43 AM  |   459 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Penerbangan pertama yang membawa 254 jemaah haji selamat tiba di tanah air setelah sempurnanya melaksanakan Rukun Islam kelima iaitu Menunaikan Fardu Haji pada tahun ini.

 

Kepulangan mereka Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini  amat dinantikan oleh kaum keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai masing-masing yang memenuhi Balai Ketibaan telah selamat mendarat sekitar jam 3.15 petang.

 

Hadir mengalu-alukan rombongan itu ialah Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar dan isteri dan Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan isteri.

 

Juga mengalu-alukan ketibaan jemaah haji negara ialah Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Hussain Mohammed M. Al Dajani; Setiausaha Tetap (Undang-Undang dan Kesejahteraan) Jabatan Perdana Menteri,  Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU),  Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan Datin; Timbalan Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei,  Dato Seri Pahlawan Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali selaku wakil Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama,  Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang; Pengarah-Pengarah, penolong-penolong Pengarah; pegawai-pegawai kanan KHEU dan pengarah-pengarah Urusan Syarikat Pengendali Pakej Haji.

 

Dari jumlah tersebut, seramai 189 jemaah haji yang mengikuti Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad, 31 orang dari Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sendirian Berhad dan Syarikat Raudah Al-Amin Sendirian Berhad seramai 31 orang serta tiga orang Pegawai Perubatan daripada ketiga agensi berkenaan.

 

Bagi memberkati kepulangan jemaah haji itu, Doa Selamat dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Omar Ali Saifuddien, Mudim Awang Haji Amran bin Haji Md Salleh.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing

 2024-05-08 09:13:10

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56