FacebookInstagramTwitterContact

 

MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>           Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'           >>           Slowdown In US Job Growth Revives Rate Cut Talk           >>           Apple Sales Fall In Nearly All Countries           >>           Goldman Sachs Removes Bankers' Bonus Limit           >>           Turkey Halts Trade With Israel Over 'Humanitarian Tragedy' In Gaza           >>           Kyiv Can Use British Weapons Inside Russia – Cameron           >>           NYPD Officer Fired Gun While Clearing Columbia Protest           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kumpulan GST Juara Konvensyen KKC


TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin menyampaikan hadiah kepada Kumpulan GST (Jabatan Ukur), juara Konvensyen KKC Peringkat Kementerian Kali Ke-21 bagi Tahun 2018 Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawa

 


 August 30th, 2018  |  10:18 AM  |   469 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kumpulan GST dari Jabatan Ukur diumumkan sebagai juara bagi Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Peringkat Kementerian Kali Ke-21 bagi Tahun 2018 Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Juara memperolehi markah sebanyak 57.31 peratus dengan tajuk 'Kelewatan Mengemaskini Rekod Pengeluaran Barang Gunahabis'.

 

Naib juara disandang oleh Kumpulan MUTA'ALLIQ dari Jabatan Ukur dengan tajuk 'Penggunaan Kertas yang Meningkat' dan memperolehi markah 52.48 peratus diikuti tempat ketiga Kumpulan PGS17/18 juga dari Jabatan Ukur yang memperolehi markah 52.17 peratus dan mengetengahkan tajuk 'Sistem Peralamatan Rumah Kurang Teratur'.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada majlis yang berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, di sini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

 

Juga hadir, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan selaku Timbalan Pengerusi Konvensyen KKC, Kementerian Pembangunan, Awang Mohamad Iskandar bin Haji Idris; Ketua-ketua Jabatan; Ketua-ketua Divisyen / Unit; pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Sebanyak 11 projek KKC yang terdiri daripada jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan menyertai konvensyen tersebut.

 

Kumpulan-kumpulan yang memperolehi markah melebihi 50 peratus iaitu GST, MUTA'ALLIQ, PGS 17/18, BAKTI dari Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya dan BEL 1718 dari Jabatan Ukur akan mara ke Konvensyen KKC di Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan nanti.

 

Konvensyen KKC Peringkat Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya merupakan aktiviti tahunan yang diungkayahkan oleh Kementerian Pembangunan, antaranya bertujuan bagi menggalakkan setiap jabatan di bawah kementerian berkenaan untuk mengadakan kumpulan-kumpulan bertindak bagi menangani masalah-masalah yang dikenal pasti di jabatan masing-masing, sebagai usaha pembaikan secara berterusan ke atas proses kerja bagi memperbaiki perkhidmatan yang diberikan dapat meningkat dan bagi mencapai tahap yang lebih tinggi dalam prestasi, kualiti dan produktiviti perkhidmatan.

 

Hasil KKC diharap dapat dibudayakan sebagai satu kaedah atau cara yang boleh meningkatkan pencapaian yang memberikan kesan positif, bukan sahaja kepada jabatan masing-masing, malahan juga kepada kementerian dan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16