FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jemaah Haji Penerbangan Kedua Selamat Kembali


SUASANA kegembiraan di Balai Ketibaan LTAB menyambut ketibaan rombongan kedua jemaah haji.

 


 August 30th, 2018  |  10:47 AM  |   555 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jemaah haji Negara Brunei Darussalam bagi penerbangan kedua selamat kembali ke tanah air kira-kira jam 8.17 malam ini.

 

Kaum keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai jemaah haji yang berada di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, di sini, sudah setentunya menantikan kepulangan jemaah haji penerbangan kedua yang menaiki pesawat Diraja Brunei BI 4216.

 

Jemaah haji berkenaan telah mengikuti Operator Haji, Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad yang membawa seramai 101 jemaah haji dan seramai 150 jemaah haji daripada Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd., serta diiringi oleh tiga pegawai dari Maktab Urusan Haji Perubatan yang membawa jumlah keseluruhan seramai 254 orang.

 

Ketibaan jemaah haji dialu-alukan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan isteri; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar dan isteri; serta Pemangku Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman dan isteri.

 

Juga hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan isteri; Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Awang Hussain Mohammed M. Al Dajani; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan isteri; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dayang Hajah Dayang Siti Norishan binti Haji Awang Abdul Ghafor; Timbalan Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Dato Seri Pahlawan Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali selaku wakil Pesuruhjaya Pasukan PDB; Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Kementerian Kesihatan, Dr. Awang Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang dan isteri; Pengarah-pengarah, Penolong-penolong Pengarah; Pegawai-pegawai Kanan KHEU dan Pengarah-pengarah Urusan Syarikat Pengendali Pakej Haji.

 

Sejurus ketibaan, Doa Selamat telah dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Awang Abd. Aziz bin Haji Abdullah.

 

Penerbangan rombongan jemaah haji ketiga dijangka pulang ke tanah air pada 31 Ogos 2018.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06