FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat Sempurnakan Pengurniaan Ijazah, Diploma


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di JPM, Pro-Canselor Universiti Brunei Darussal

 


 August 30th, 2018  |  11:15 AM  |   482 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jerih payah untuk menggenggam segulung ijazah dan diploma yang diimpikan oleh seramai 1,543 graduan Universiti Brunei Darussalam (UBD), akhirnya membuahkan hasil dengan berlangsungnya Majlis Konvokesyen Ke-30 UBD di Dewan Canselor UBD di sini, yang dilaksanakan secara berasingan pada sebelah pagi dan petang.

 

Dari jumlah tersebut, seramai 736 graduan menerima ijazah dan diploma pada sebelah petang.

 

Berkenan berangkat menyempurnakan Pengurniaan Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Lanjutan dan Diploma dalam pelbagai jurusan pada majlis konvokesyen tersebut ialah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor Universiti Brunei Darussalam.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Dewan Canselor UBD dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman dan Naib Canselor UBD, Datin Dr.  Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz.

 

Sejurus Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor Universiti Brunei Darussalam berada di atas pentas, Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dimainkan.

 

Pada majlis penuh bersejarah itu, Duli Yang Teramat Mulia berkenan mengurniakan Ijazah Sarjana kepada 355 graduan, Ijazah Sarjana Muda kepada 366 graduan, Diploma Lanjutan kepada tujuh graduan, manakala lapan graduan menerima Diploma.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

 

Ijazah mahupun diploma yang diraih ini merupakan salah satu ukuran kejayaan sepanjang pengajian di UBD, namun ia bukanlah ukuran mutlak dalam menyediakan para graduan di dunia pekerjaan.

 

Apa yang diharapkan, para graduan telah mampu membentuk jati diri dan memperkasakan insaniah secara holistik  sepanjang pengajian di institusi tertinggi di Negara Brunei Darussalam, sebagaimana yang diharapkan oleh UBD, yang mana ia bukan saja mengeluarkan para graduan melalui ijazah, tetapi mengeluarkan graduan yang mampu berdaya saing di dunia luar.

 

Dalam pada itu, Majlis Pengurniaan Pingat dan Hadiah Buku Universiti serta penyumbang-penyumbang sempena Majlis Konvokesyen UBD Ke-30 akan diadakan pada 8 September depan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06