FacebookInstagramTwitterContact

 

Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>           Fasting 6 Days in Syawal Promises Abundant Rewards           >>           'Avoid Today's Games that contains Elements of Gambling'           >>           Intense Haj Course           >>           MoU Signing           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Teknologi Digital Ubah Cara Hidup Dan Bekerja


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyampaikan titah pa

 


 August 30th, 2018  |  11:17 AM  |   352 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) bertitah, pasaran kerja yang pesat berubah di mana kita kini sedang berada dalam era revolusi industri ke empat.

 

Era revolusi itu, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, adalah di mana teknologi digital akan mengubah cara hidup kita dan juga cara bekerja.

 

"Respon terhadap revolusi ini tentu saja melibatkan semua pihak yang berkepentingan, sama ada oleh sektor awam, swasta dan malah seluruh masyarakat, termasuk para akademik dan graduan untuk berganding bahu menggerakkan pembangunan knowledge-based," titah baginda.

 

Kebawah DYMM bertitah demikian pada Majlis Konvokesyen UBD Ke-30 yang berlangsung di Dewan Canselor UBD di sini.

 

Oleh yang demikian tegas baginda, UBD dan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain adalah elok untuk memberikan tumpuan kepada pendidikan dan penyelidikan kemahiran abad ke-21 yang canggih.

 

Baginda bertitah menyarankan kerjasama rapat dengan pihak industri, untuk antara lain, berkongsi pengetahuan praktikal mengenai trend industri dan pasaran kerja.

 

Selain itu baginda menitahkan agar sistem pendidikan juga perlu memberikan tumpuan kepada pembelajaran sepanjang hayat.

 

"Dalam hubungan ini, beta gembira mengetahui, bahawa UBD telah memperkembangkan program-program yang ditawarkan secara flexible dari segi masa, tempat dan laluan pembelajaran,

 

"Beta berharap dengan pendidikan dan juga penyelidikan yang kukuh serta canggih, ianya akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang berkesan," baginda bertitah.

 

Baginda turut menyentuh mengenai penyelidikan di mana ia adalah benih untuk pertumbuhan ekonomi.

 

"Beta difahamkan bahawa salah satu yang diberikan tumpuan oleh UBD ialah bidang Data Analytics, sebagai salah satu langkah positif ke arah inovasi dan pembangunan ekonomi," titah baginda.

 

Sehubungan itu, baginda melahirkan keyakinan bahawa UBD pasti turut terpanggil untuk mengkaji bidang-bidang tertentu termasuk bidang Keselamatan Siber atau Cybersecurity yang masih banyak dipersoalkan.

 

Baginda juga mengucapkan tahniah atas pengkomersialan paten UBD untuk julung-julung kalinya pada tahun ini.

 

"Beta difahamkan produk tersebut, Smart Coating adalah hasil penyelidikan beberapa orang pelajar Sarjana dan Kedoktoran PhD dan sekarang mempunyai ejen jualan di Brunei Darussalam, Jepun, Thailand dan Myanmar.''

 

"Beta berharap dengan kejayaan ini lebih ramai lagi para pelajar kita yang akan terpanggil untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan dan aktiviti-aktiviti komersial," titah baginda.

 

Baginda turut mengucapkan tahniah kepada para graduan yang berjaya dan berharap supaya setiap graduan akan terus memupuk sikap ingin maju serta berazam membangun negara ini.

 

Selain itu, baginda bertitah menasihati para graduan agar berpegang kuat kepada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), selaku sistem, kerana MIB telahpun terbukti membawa kebaikan kepada semua, semenjak lebih dari 600 tahun lagi.

 

Baginda juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga UBD yang merangkumi Ahli-ahli Majlis, Ahli-ahli Senat Universiti, Naib Canselor, Pegawai-pegawai Utama,  ahli  akademik,  pegawai  dan kakitangan universiti atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka.

 

''Semoga Allah Subhanahu Wata'ala jua yang  akan  membalas  mereka  dengan ganjaran-Nya yang berlipat ganda,'' jelas baginda lagi.

 

Terdahulu, Kebawah DYMM dalam titahnya dengan sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan di atas kejayaan mereka menamatkan pengajian di UBD.

 

 "Hari ini juga adalah hari  yang dibanggakan oleh para ibu-bapa dan penjaga kerana kejayaan anak-anak mereka. Namun ini bukanlah titik noktah untuk para graduan itu berhenti dari menimba ilmu." titah baginda.

 

Baginda mengingatkan dalam titahnya bahawa para graduan masih menpunyai masa depan dan peluang yang luas untuk meningkatkan diri, selaras dengan pasaran kerja global yang pesat berubah.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16