FacebookInstagramTwitterContact

 

Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>           Hoffenheim Snap Leipzig's Winning Run With Last Minute Equaliser           >>           Japan Beat Uzbekistan To Become First Two-Time Champions Of AFC U-23 Asian Cup           >>           Ancelotti Faces GK Headache As Courtois To Return Vs. Cádiz           >>           Liverpool's Klopp Insists Salah Argument Resolved           >>           Lionel Messi Wins MLS Player Of The Month For First Time           >>           Have The Wheels Come Off For Tesla?           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Berangkat Kurniakan Ijazah Kepada 807 Graduan


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyempurna

 


 August 30th, 2018  |  11:21 AM  |   428 views

TUNGKU LINK

 

Majlis Konvokesyen Ke-30 Universiti Brunei Darussalam (UBD) tahun ini menyaksikan seramai 1,543 graduan daripada Kumpulan GenNext Keenam telah berjaya menerima ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UBD berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana Muda kepada 807 graduan yang berjaya menamatkan pengajian bagi sesi sebelah pagi.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di perkarangan Dewan Canselor, UBD, di sini disambut meriah dengan pukulan hadrah oleh lebih 20 mahasiswa dan mahasiswi UBD.

 

Sejurus tiba, Kebawah DYMM dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman dan Naib Canselor UBD, Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abd. Aziz.

 

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pro Canselor UBD.

 

Terdahulu Mushaf Al-Quran yang dibawa oleh Pemangku Bendahari UBD, Awang Muhammad Khairul Anwar bin Haji Shahari ke dalam dewan tersebut bagi menandakan bermulanya Majlis Konvokesyen berkenaan.

 

Sejurus Kebawah DYMM berada di atas pentas, Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dimainkan oleh Pancaragam Polis Diraja Brunei.

 

Diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Surah Al-An'aam, ayat 58 hingga 63 oleh mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Sastera, Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri.

 

Dayangku Fauziah Nadhirah merupakan johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Belia Kebangsaan pada tahun 2011, 2012, 2013 dan tempat kedua bagi Musabaqah Tilawatil Al-Quran Peringkat Belia Asia Tenggara pada tahun 2011, 2013 dan mendapat tempat kedua bagi Musabaqah Tilawatil Al-Quran Peringkat Dewasa Kebangsaan pada tahun ini.

 

Seterusnya diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Naib Canselor UBD.

 

Kebawah DYMM kemudian berkenan mengurniakan titah dan menyempurnakan pengurniaan ijazah kepada 807 graduan mengikut bidang masing-masing terdiri daripada 37 graduan yang menerima Ijazah Doktor Falsafah dan 770 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda.

 

Graduan Ijazah Doktor Falsafah itu termasuk graduan antarabangsa yang menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Antropologi, Sosiologi, Linguistik Gunaan, Pengajian Komputer, Matematik, Fizik Gunaan, Biologi, Pengajian Tenaga, Kimia, Pengurusan, Dasar Awam, Ekonomi dan Pentadbiran Perniagaan.

 

Antara penerima Ijazah Sarjana Muda 'Art and Creative Technology' ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bolqiah.

 

Selesai pengurniaan ijazah, laungan takbir 'Allahuakbar' daripada para graduan dilaungkan sebanyak tiga kali.  

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Kebawah DYMM juga berkenan berangkat menyaksikan pameran konvokesyen yang menumpukan pada kepelbagaian usahawan, yang terdiri daripada model perniagaan klasik kepada teknologi dan permulaan paten.

 

Setiap pameran dihubungkan dengan tiga faktor iaitu pertama, keupayaan untuk menjana pendapatan yang mampan; kedua, keupayaan untuk menunjukkan pertumbuhan dan strategi pengembangan; dan ketiga, graduan tersebut mesti menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan graduan.

 

Mula-mula baginda berkenan melawat pameran "Smart Coating Technologies", sebuah perniagaan milik graduan yang secara efektifnya mengkomersialkan penyelidikan universiti ke dalam produk yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan syarikat pertama yang diberikan pelesenan oleh UBD untuk mengeluarkan dan mengeksport penyelidikannya.

 

Seterusnya, baginda berkenan melawat ke pameran kedua "Solar Brunei", syarikat tempatan yang khusus dalam pemasangan tenaga suria ke rumah dan industri.

 

Empat lagi pameran "Usahawan UBD", menunjukkan model perniagaan dan buah fikiran daripada graduan UBD yang bukan sahaja menyediakan perusahaan sendiri malah berhasil menyediakan peluang pekerjaan untuk para  pelajar dan graduan tempatan.

 

Antara yang dipamerkan di bawah kategori tersebut ialah Al-Raed, sebuah syarikat fesyen terkenal di rantau ini yang diasaskan oleh graduan program inkubasi UBD; Ae.bn, sebuah syarikat videografi dan fotografi yang dijayakan oleh graduan dan  dan pengasas dari UBD; Malai Ezzan Enterprise, sebuah katering makanan ringan dan katering yang telah berkembang di luar sempadan Brunei dan kini beroperasi di Malaysia; dan Educhamp pula menampilkan perkhidmatan  tuisyen akademik dengan 70 pekerja dan 300 pelajar dari Daerah Brunei dan Muara.

 

Kebawah DYMM dan paduka anakanda kemudian berkenan bergambar ramai bersama Ahli-ahli Majlis, Ahli-ahli Senat Universiti serta Naib Canselor UBD.

 

Sebelum berangkat balik, baginda dijunjung berangkat santap dan seterusnya menerima junjung ziarah serta beramah mesra dengan graduan yang diraikan.

 

Keberangkatan baginda ke majlis tersebut mencerminkan keprihatinan baginda terhadap kepimpinan pengajian tinggi di negara ini dan menggambarkan sokongan padu dan berterusan baginda yang setentunya menjadi sumber inspirasi bagi meningkatkan dan memantapkan kedudukan UBD sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang dapat menyumbang kepada kemajuan dan perkembangan negara.

 

Dalam pada itu, UBD menduduki tempat 323 di dunia dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) dan ranking 'QS Top 50 Under 50 World Ranking', UBD diletakkan di tempat ke 34.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07