Home > Headline
NBD Hargai Hubungan Mesra Dengan Republik Sosialis Viet Nam
September 2nd, 2018 | 09:08 AM | 423 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalamtelah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Jeneral Tran Dai Quang dan Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Nguyen Xuan Phuc, dan juga kerajaan serta Republik Sosialis Viet Nam, sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Republik Sosialis Viet Nam yang ke-73.
Dalam titah perutusan kepada Presiden Republik Sosialis Viet Nam, TYT Jeneral Tran Dai Quang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia amat menghargai persahabatan dan hubungan mesra di antara kedua-dua negara dan berharap akan dapat meningkatkan hubungan yang sangat bernilai ini, baik di bidang dua hala mahu pun sebagai rakan kongsi serantau, khususnya dalam ASEAN dan APEC.
Sementara itu, dalam titah perutusan Kebawah DYMM kepada Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, TYT Nguyen Xuan Phuc, Negara Brunei Darussalam amat menghargai hubungannya dengan Republik Sosialis Viet Nam dan berharap akan terus mempertingkatkan hubungan dua hala yang bernilai ini sebagai rakan kongsi serantau, khususnya dalam ASEAN dan APEC untuk kepentingan kedua-dua rakyat dan negara masing-masing. Baginda seterusnya merakamkan kegembiraan dapat berjumpa dengan TYT di Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada bulan April lalu dan berharap akan dapat berjumpa lagi TYT pada bulan November 2018 ini.
Pada mengakhiri titah-titah perutusan itu, baginda menyampaikan salam muhibah dan kegembiraan kepada Presiden Republik Sosialis Viet Nam, TYT Jeneral Tran Dai Quang dan Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, TYT Nguyen Xuan Phuc pada menyambut perayaan tersebut serta Republik Sosialis Viet Nam dan rakyatnya akan terus maju dan menikmati kemakmuran yang berpanjangan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]