FacebookInstagramTwitterContact

 

Kansas City Chiefs CEO's Wife And Daughter Speak Out Amid Harrison Butker Controversy           >>           'I Had No Choice But To Get A 35-Year Mortgage'           >>           Iran President Helicopter In Hard Landing - State Media           >>           Slovakia PM Attacker 'May Not Have Been Lone Wolf'           >>           Have Trump Prosecutors Made Their Case At Hush-Money Trial?           >>           DR Congo Army Says It Has Thwarted Attempted Coup           >>           Assassin's Creed Director: The Right Time To Take Series To Japan           >>           Meeting with Syarikat Rawaf Mina           >>           Village Head Voting and Election           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


SMSB Raikan Jubli Emas Penubuhannya


TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaiah binti Haji Mohd. Salleh merasmikan Tugu Peringatan Jubli Emas SMSB sempena Majlis Sambutan Jubli Emas sekolah tersebut

 


 September 3rd, 2018  |  10:40 AM  |   913 views

TUTONG

 

Sejak mula penubuhannya yang dikenali sebagai Sekolah Persediaan Inggeris Tutong pada tahun 1967, Sekolah Menengah Sufri Bolkiah (SMSB) terus menampilkan komitmen yang tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara holistik dengan melakarkan kejayaan berterusan dan tren yang meningkat dalam Peperiksaan GCE Peringkat 'O' sekolah berkenaan.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh semasa berucap selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Sufri Bolkiah yang berlangsung di Dewan Serbaguna SMSB.

 

Penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, tambahnya, turut memainkan peranan utama dalam membentuk sahsiah pelajar, demi melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkemahiran, sesuai dengan tuntutan abad ke-21, di mana mengikut sebuah kajian yang dilaksanakan di Universiti Oxford mendapati 45 peratus daripada pekerjaan yang terdapat pada masa ini akan dikendalikan sepenuhnya menggunakan teknologi.

 

Oleh itu, Kementerian Pendidikan, jelasnya akan sentiasa memberikan penekanan terhadap pendidikan yang berkualiti tinggi, untuk melahirkan pelajar ke arah menyokong Industrial Revolution 4.0 yang berkemahiran kreatif, celik literasi digital dan global di peringkat pendidikan menengah, di samping untuk meningkatkan kadar kemasukan pelajar-pelajar ke peringkat pengajian tinggi sesuai dengan sasaran Wawasan Brunei 2035.

 

Hadir sama, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin dan Timbalan Setiausaha Tetap, Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah.

 

Terdahulu, Pengetua SMSB Puan Goh Siah Ching berkata, majlis tersebut merupakan satu perkumpulan 'reunion' di antara warga-warga dahulu dan sekarang yang ada kaitan dengan Sekolah Inggeris Sufri Bolkiah (SBES) dan SMSB, bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan menjana integrasi dalam kalangan guru, ibu bapa, pelajar, masyarakat setempat dan juga alumni SMSB.

 

Majlis sambutan diserikan dengan beberapa persembahan pentas, termasuk tarian tradisional dan drama dari pelajar-pelajar, persembahan daripada alumni SMSB dan tayangan video 'SMSB / SBES Dalam Kenangan'.

 

Acara kemuncak majlis ialah perasmian Tugu Peringatan Jubli Emas SMSB yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Turut diadakan ialah perasmian Taman Eco Garden; Pameran Menyusur Sepanjang Zaman dan acara riadah 'brisk walk' pada awal sebelah pagi.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Assassin's Creed Director: The Right Time To Take Series To Japan

 2024-05-20 03:59:26

'I Had No Choice But To Get A 35-Year Mortgage'

 2024-05-20 04:30:31