FacebookInstagramTwitterContact

 

Unstoppable Haaland Nets Four As Man City Rout Wolves           >>           Dortmund Crush Augsburg 5-1 Ahead Of Champions League Semi-Final           >>           Ed Sheeran Hails Unlikely Ipswich Promotion From Miami GP           >>           Inside A 'Peaceful And Proud' Gaza Protest Camp At A UK University           >>           European Election: German Chancellor Scholz Condemns Attack On Matthias Ecke           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Ghanaians Party Big Time With Medikal At London O2 Concert           >>           North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger           >>           Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah Perbaharui Rekod Peribadi


YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah mewakili International School Brunei (ISB) Hammerheads menyertai Kategori Kuak Dada 100M bagi Perenang Perempuan Berusia 7 Tahun Ke Atas dengan catatan masa 2:25.49s dan berjaya mengatasi rekod peribadi sebelumnya

 


 September 3rd, 2018  |  10:54 AM  |   540 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kejohanan Renang Terbuka dan Masters Kali Ke-7 Tahun 2018 diteruskan lagi pagi tadi dengan menyaksikan pertandingan bagi perenang lelaki dan perempuan bagi Kategori 7 Tahun Ke Atas Kuak Dada 100m dan Kategori Lelaki dan Perempuan IM 200m.

 

Berangkat menyaksikan kejohanan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman.

 

Turut menyertai kejohanan tersebut ialah anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

 

Juga berangkat sama, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.

 

Pada kejohanan tersebut, YTM Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim mewakili Royal Brunei Recreation Club (RBRC) menyertai Kategori Kuak Dada 100m bagi Perenang Lelaki Berusia 7 Tahun Ke Atas dengan catatan masa 2:03.81s.

 

Manakala, YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah mewakili International School Brunei (ISB) Hammerheads menyertai Kategori Kuak Dada 100m bagi Perenang Perempuan Berusia 7 Tahun Ke Atas dengan catatan masa 2:25.49s dan berjaya mengatasi rekod peribadi sebelumnya.

 

Pada kejohanan itu juga, YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah turut menerima penghargaan di atas pencapaiannya mencipta beberapa rekod terbaharu bagi perenang perempuan berusia 7 tahun, antaranya dalam Kategori Kuak Kupu-kupu 50m dengan mencatatkan masa 1:03.12s; Kategori Kuak Dada 50m dengan catatan 1:06.98s dan terkini dalam Kategori Kuak Lentang 100m dengan mencatatkan masa terpantas 2:10.35s.

 

Sementara itu, menjuarai Kategori Kuak Dada 100m bagi Perenang Lelaki Berusia 7 Tahun Ke Atas ialah Anson Tan Yu Phan dari Majlis Sukan Sekolah-Sekolah dengan catatan masa 1:20.55s, tempat kedua ialah Muhd. Qamarul Muhd. Edaini dari Daerah Tutong dengan catatan masa 1:31.74s dan tempat ketiga ialah Muhd. Wazien Shah Muhd. Edaini juga dari Daerah Tutong dengan mencatatkan masanya 1:45.64s.

 

Manakala, juara bagi Kategori Kuak Dada 100m Perempuan Berusia 7 Tahun Ke Atas pula ialah Emma Yusuf dari Majlis Sukan Sekolah-Sekolah dengan catatan masa 1:26.70s, tempat kedua ialah Andra Chai Xin Ying, juga dari Majlis Sukan Sekolah-Sekolah mencatatkan masa 1:29.60s dan tempat ketiga ialah Sofhea Darussani dari Daerah Brunei dan Muara dengan catatan masa 1:49.17s.

 

Dalam pada itu, Awang Muhammad Isa Ahmad yang mewakili ISB Hammerheads dinobatkan sebagai '7th Brunei Open & Masters LC Swimming Championship Record Breakers', atas pencapaian beliau yang berjaya memecahkan, sekali gus mencipta rekod kebangsaan terbaharu pada Kategori Terbuka 50m Kuak Dada dengan mencatatkan masa terpantasnya 0:30.51s.

 

Awang Muhammad Isa Ahmad merupakan seorang penerima Biasiswa FINA pada tahun ini dan kini memulakan program latihan intensifnya sejak 5 Mac 2018 yang lalu bagi menyertai Kejohanan Dunia FINA di Hangzhou, China dari 11 - 16 Disember 2018 nanti.

 

Biasiswa FINA diuruskan dalam rangka program Pembangunan FINA, ia bertujuan untuk membantu para atlet untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia FINA atau Sukan Olimpik yang akan datang dengan menyediakan pusat / persekitaran latihan bertaraf tinggi yang dibiayai untuk membantu perkembangan mereka.

 

Lebih 140 perenang ikut serta dalam Kejohanan Renang Terbuka dan Masters Kali Ke-7 ini terdiri dari Brunei Speed Swimming Club, Dolphin Swimming Club, ISB Hammerheads, Jerudong Swimming Club, Kelab Renang Pujut Miri, RBRC, Daerah Belait, Daerah Brunei dan Muara, Daerah Temburong, Daerah Tutong, Institut Pengajian Tinggi dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah.

 

Antara kategori-kategori yang dipertandingkan bagi para perenang lelaki dan perempuan ialah Kategori Gaya Bebas 1500m; Kategori Gaya Bebas 800m; Kategori Kuak Dada 200m; Kategori Gaya Bebas 200m; Kategori Kuak Lentang 200m; Kategori Kuak Kupu-Kupu 50m; Kategori Gaya Bebas 400m; Kategori Kuak Kupu-Kupu 100m; Kategori Kuak Dada 50m; Kategori Kuak Lentang 100m; Kategori Gaya Bebas 50m; Kategori Medley Relay 200m; Kategori Kuak Dada 100m; Kategori IM 200m, Kategori IM 400; Kategori Gaya Bebas Relay 200m; Kategori Gaya Bebas 100m; Kategori Kuak Lentang 50m; Kategori Kuak Kupu-Kupu 200m dan Kategori Gaya Bebas Relay 200m.

 

Kejohanan dianjurkan oleh Persatuan Renang Amatur Brunei berlangsung selama tiga hari bermula 31 Ogos yang lalu dan berakhir pada sebelah petang, hari ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07