Home > Bahasa Melayu
PM Malaysia Berlepas Pulang
PERDANA Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dato Laila Utama Dr. Mahathir bin Mohamad dan isteri, Yang Amat Berbahagia Tun Datin Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali; serta rombongan malam ini bertolak meninggalkan Bandar Seri Begawan selepas mengadakan
September 4th, 2018 | 09:28 AM | 175 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dato Laila Utama Dr. Mahathir bin Mohamad dan isteri, Yang Amat Berbahagia Tun Datin Dr. Siti Hasmah binti Mohd. Ali serta rombongan berlepas pulang selepas mengadakan Lawatan Rasmi ke negara ini selama dua hari.
Sebelum menaiki pesawat khas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia melintasi Barisan Kawalan Statik yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan isteri ialah Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku Menteri Pengiring dan Datin; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof dan Datin; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Mohd. Taha dan Datin; Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Haji Aminan bin Pengiran Haji Mahmud dan Datin, serta Timbalan Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali dan Datin.
Juga hadir ialah Charge d'Affaires, Puan Rafedah binti Abd. Aziz yang juga Minister Counsellor di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]