FacebookInstagramTwitterContact

 

Diner Filmed ‘Pulling Hair Out And Putting It In Food To Get Out Of Paying’           >>           Children Diagnosed With Autism Should Take Vitamin D Supplements, Say Researchers           >>           Study Suggests Eating These Superfoods Can Help You Live Longer           >>           Celery: A Heart-Healthy Vegetable With Cancer-Fighting Properties           >>           UK Economy Is Improving But People May Not Notice           >>           UK Exits Recession With Fastest Growth In Two Years           >>           Rat Remains Found In Bread Sparks Japan Recall And Refunds           >>           Record Levels Of Shoplifting Show Signs Of Falling           >>           Bank Of England Boss Weighs In On UK Economy Row           >>           National Speech Contest           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Informasi Pemandu Pelancong Mengenai Sejarah Brunei


PUSAT Sejarah Brunei dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) mengadakan satu sesi taklimat kepada ejen-ejen pelancongan yang berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Pelancongan.

 


 September 6th, 2018  |  10:12 AM  |   348 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) mengadakan satu sesi taklimat kepada ejen-ejen pelancongan yang berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Pelancongan pada Selasa, 4 September 2018, bertempat di Pusat Sejarah Brunei (PSB), di sini.

 

Taklimat disampaikan oleh Ketua Bahagian Pameran dan Perkhidmatan, PSB, Pengirah Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad.

 

Selepas sesi taklimat ejen-ejen pelancongan juga dibawa melawat menyaksikan galeri-galeri di PSB serta menyaksikan beberapa demonstrasi seperti takapan batu nisan, membuat salasilah dan seni khat jawi.

 

Hadir mengetuai rombongan lawatan ialah Pegawai Tugas-Tugas Kanan Tingkat I dari Jabatan Kemajuan Pelacongan, KSSUP, Dayang Kartini binti Haji Kabri.

 

Objektif utama sesi taklimat dan lawatan tersebut diadakan ialah bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran pemandu-pemandu pelancong di negara ini dalam memberikan perkhidmatan kepada pelancong yang berada di Negara Brunei Darussalam, terutama sekali mengenai sejarah Brunei.

 

Selain itu, ia juga bertujuan bagi menyampaikan maklumat yang terkini terhadap produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di PSB, di samping menggalakkan ejen-ejen pelancongan untuk memasukkan lawatan ke PSB di dalam pakej-pakej lawatan mereka.

 

Buat masa ini terdapat empat galeri dibukakan untuk orang ramai dan pelancong, iaitu Galeri Era Kegemilangan Brunei, Galeri Koleksi Manuskrip Borneo, Galeri Sejarah Brunei Tua dan Galeri Salasilah. Juga tarikan yang dipamerkan adalah Replika Makam Sultan Bolkiah.

 

Melalui sesi taklimat dan lawatan ini, pemandu-pemandu pelancong diharap akan dapat menyalurkan maklumat yang betul, tepat, menarik dan seterusnya memberi nilai tambah apabila mereka memberi penerangan kepada pelancong-pelancong.

 

Menurut PSB, rekod statistik pelawat yang mengunjungi Pusat berkenaan dari tahun 2012 hingga 2017 adalah sebanyak 17,984 orang.

 

Salah satu tarikan utama PSB ialah sejarah kedatangan Islam ke Brunei Darussalam dan perkembangan Syiar Islam yang sering mendapat perhatian pelancong-pelancong luar negara.

 

Selain itu, PSB juga mempunyai perpustakaan, kedai cenderamata, kedai buku dan perkhidmatan-perkhidmatan lain untuk kemudahan orang ramai.

 

Adalah diharap dengan usaha berterusan Jabatan Kemajuan Pelancongan ini akan dapat meningkatkan kemahiran dan kualiti perkhidmatan pemandu pelancong, justeru menyumbang pada meningkatkan jumlah pelancong yang datang ke negara ini di masa-masa akan datang.

 

Jabatan Kemajuan Pelancongan sentiasa komited untuk meneruskan program kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan juga ejen-ejen pelancongan kerana mereka merupakan agensi yang berhadapan secara langsung membawa pelancong-pelancong dari luar negara ke negara ini.

 

Pada tahun 2017 sebanyak 258,955 pelancong datang ke Brunei Darussalam (melalui udara) dan ini adalah peningkatan sebanyak 18.3 peratus berbanding tahun 2016.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-10 21:51:59