FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Titikberatkan Pendidikan Al-Quran


PESERTA Program ‘Satu Minggu Satu Juzu’ (1M1J) semasa diraikan di majlis khatam.

 


 September 6th, 2018  |  10:18 AM  |   207 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Program 'Satu Minggu Satu Juzu' (1M1J) dihasratkan untuk  mendokong dan menjunjung tinggi hasrat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menitikberatkan pendidikan ugama, khususnya Al-Quran peringkat asas agar ia kukuh dan mantap.

 

Sehubungan itu, seramai 181 peserta Khatam bagi Program 1M1J terdiri daripada murid-murid Darjah Pra hingga Darjah V, iaitu 91 murid lelaki dan 90  murid perempuan, diraikan setelah berjaya menghabiskan pembacaan 30 Juz Al-Quran.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah (SUPAPMHB), Serusop di sini ialah Ketua Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam, Awang Haji Hasbi bin Haji Suhaily yang juga memulakan majlis dengan bacaan Surah Al-Fatihah.

 

Selesai bacaan Surah Adh-Dhuha hingga Surah An-Nas yang dibacakan oleh peserta khatam, kemudian Takhtim dibacakan oleh guru-guru perempuan sementara guru-guru lelaki mempersembahkan Dikir Marhaban.

 

Majlis diteruskan dengan merenjis minyak wangi serta penyampaian sijil-sijil khatam oleh tetamu kehormat diikuti oleh para ibu bapa dan penjaga peserta dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh guru sekolah berkenaan, Awang Muhammad Rafiuddin bin Mudim Haji Amran.

 

Dengan adanya program seumpama ini ianya diharap dapat memantapkan lagi mutu bacaan Al-Quran murid-murid di sekolah ugama menerusi amalan membaca Al-Quran secara bertalaqqi dan sekali gus menyuntik dan mendidik murid-murid agar sentiasa membaca, mencintai, mendengar Al-Quran sebagai amalan harian mereka.

 

Ianya juga boleh melahirkan murid-murid yang dapat menguasai bacaan Al-Quran secara bertajwid dan lancar.

 

Majlis merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah dan dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan di kalangan tenaga pengajar, ibu bapa / penjaga serta pelajar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33