FacebookInstagramTwitterContact

 

Tahlil Ceremony           >>           Heather Rae El Moussa Details How Son Tristan Has Changed Her           >>           Two Men Start Fighting On Plane After Two-Hour Shouting Match During Flight           >>           Diner Filmed ‘Pulling Hair Out And Putting It In Food To Get Out Of Paying’           >>           Children Diagnosed With Autism Should Take Vitamin D Supplements, Say Researchers           >>           Study Suggests Eating These Superfoods Can Help You Live Longer           >>           Celery: A Heart-Healthy Vegetable With Cancer-Fighting Properties           >>           UK Economy Is Improving But People May Not Notice           >>           UK Exits Recession With Fastest Growth In Two Years           >>           Rat Remains Found In Bread Sparks Japan Recall And Refunds           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Teruskan Usaha Budayakan Masyarakat Bermaklumat


HADIR di majlis tersebut, Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad.

 


 September 6th, 2018  |  10:29 AM  |   670 views

BELAIT

 

Dengan matlamat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan semasa, Jabatan Penerangan telah mengadakan Program Masyarakat Bermaklumat bagi Kampung Sungai Liang yang diadakan selama dua hari bertempat di Kelab Rekreasi Lumut, Liang.

 

Majlis dihadiri oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad. Turut hadir, Awang Haji Mohd. Ibrahim bin Datu Maharaja Setia Dian selaku Pemangku Ketua Kampung Sungai Liang dan pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Penerangan yang terlibat dalam mengungkayahkan program tersebut.

 

Acara di sebelah pagi itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Kampung Sungai Liang, Awang Romainor bin Ismail dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Ketua Cawangan Penerangan Belait, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahuddin selaku Timbalan Pengerusi Majlis.

 

Jelas beliau, program tersebut merupakan salah satu landasan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan melalui sesi taklimat, dialog dan lawatan, agar masyarakat terutamanya di peringkat akar umbi dapat memahami, menyokong dan menghargai usaha-usaha kerajaan dalam sama-sama membangun negara bagi mencapai Wawasan 2035.

 

Dalam usaha jabatan berkenaan ke arah membudayakan masyarakat bermaklumat kepada semua anggota masyarakat di negara ini, beliau berharap para peserta akan memperolehi maklumat dan ilmu pengetahuan melalui sesi-sesi yang dikendalikan bersama penceramah-penceramah dari agensi kerajaan dan swasta.

 

Seramai 31 peserta lelaki dan 15 peserta perempuan menyertai program berkenaan terdiri dari penduduk kampung yang sudah bersara dari perkhidmatan, para pengusaha kecil, petani dan belia yang sedang mencari peluang pekerjaan.

 

Program antaranya bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan serta usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat, seperti melalui taklimat-taklimat serta lawatan-lawatan, dengan harapan dapat mengukuhkan jati diri dan menyuntik semangat untuk terus memberikan kerjasama dalam mendukung aspirasi negara.

 

Program di hari pertama diisikan dengan Taklimat 'Wawasan 2035' yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam, Sekretariat Tetap Wawasan 2035, Jabatan Perdana Menteri, Awang Nazdeny Ardian bin Haji Johan, yang turut mengongsikan ilmu yang berkaitan dengan usaha-usaha kerajaan dalam pembangunan negara serta peranan masyarakat dalam mendokong Wawasan 2035.

 

Beliau turut menekankan mengenai kepentingan Wawasan 2035 dan persediaan dalam mengharungi cabaran masa, demi menikmati masa depan yang cerah dan harmoni.

 

Tiga matlamat wawasan berkenaan iaitu, rakyat berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, kualiti kehidupan rakyat dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

 

Beberapa inisiatif dan perkembangan terkini telah dilaksanakan ke arah menuju wawasan negara itu, termasuk dalam bidang pendidikan, sumber tenaga manusia, sektor kesihatan, infrastruktur dan peningkatan keberkesanan dan produktiviti sektor awam.

 

Para peserta juga sempat menyuarakan pandangan dan soalan mengenai isu pengangguran dan perekonomian dalam sesi soal jawab di akhir taklimat.

 

Sementara dalam taklimat yang menyentuh mengenai 'Isu berkaitan dengan Keselamatan Jalan Raya dan Sistem Demerit' yang disampaikan oleh Pegawai Penguatkuasa Kanan, Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR), Pengiran Khairul Yusra bin Pengiran Haji Md. Yusuf, menyeru semua pemandu untuk  meningkatkan kewaspadaan ketika berada di jalan raya, mengamalkan sikap berhati-hati, berdisiplin dan bertimbang rasa serta mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.

 

Tegasnya, keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama yang perlu ditanai dan diamalkan, di mana hadiah terbaik bagi semua pengguna jalan raya adalah selamat pulang ke pangkuan keluarga.

 

Para peserta juga menyaksikan tayangan video dari MKKJR.

 

Di sebelah petang pula, program diisikan dengan lawatan ke Ibu Pejabat Biro Kwalan Narkotik (BKN) dan sesi taklimat dari BKN yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Narkotik, Awang Haji Halimee Musdella bin Haji Mustafa.

 

Beliau antaranya menyeru para ibu bapa dan peserta memantau anak-anak mereka agar tidak terpedaya dengan tawaran bekerja dari luar negeri yang boleh melibatkan ke dalam kegiatan yang tidak bermoral ini.

 

Pada hari kedua program, para peserta akan berpeluang membuat lawatan ke Knowledege Hub Centre (KHub) dan iCentre, mendengarkan taklimat dari pihak DARe dan Job centre, sementara di sebelah petang peserta dibawa melawat ke Katimahar Agripark.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-10 21:51:59