FacebookInstagramTwitterContact

 

Investment Scams           >>           Intending Haj Pilgrims' Preparation           >>           Launching of Brunei Malay Pantun Festival           >>           Opening of Museums Collection Management Programme           >>           Photo Session           >>           National Musabaqah Al-Qur'an Reading for Adults           >>           Safeguarding the Sanctity of Al-Qur'an           >>           Messages of Condolences           >>           Departure           >>           Bilateral Meeting with the Prime Minister           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Manfaatkan Sepenuhnya Biasiswa 'Sultan's Scholar'


DAYANG Hajah Hafizah binti Dato Paduka Haji Mohd. Nor.

 


 September 7th, 2018  |  11:47 AM  |   357 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sikap pemedulian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menitikberatkan soal pendidikan di negara ini sentiasa diberi keutamaan dan perhatian oleh baginda kepada rakyat dan penduduk di negara ini.

 

Penerima-penerima anugerah biasiswa 'Sultan's Scholar' Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) bagi Sesi Pengajian Tahun 2018 / 2019 menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas pengurniaan tersebut.

 

Awang Abdul Qayyum bin Haji Isa pada Majlis Menandatangani Perjanjian dan Doa Selamat yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Bangunan Yayasan, di ibu negara ketika ditemui PELITA BRUNEI berkata, anugerah itu merupakan satu penghargaan kepada beliau dan semua pelajar pengajian bahasa Arab.

 

Beliau yang mengambil jurusan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir berharap Bahasa Arab akan menjadi bahasa yang senang dipelajari di negara ini kerana ia adalah bahasa agama dan bahasa Al-Quran.

 

"Bahasa Arab ini akan menjadi satu subjek yang diminati dan digemari pelajar di negara kita dan juga untuk menyahut hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang ingin menjadikan Bahasa Arab bermutu tinggi di negara ini," tambahnya.

 

Sementara itu, Dayang Hajah Hafizah binti Dato Paduka Haji Mohd. Nor yang akan mengikuti pengajian Sarjana dalam jurusan Seni Bina (Architecture) di Architectural Association School of Architecture, London United Kingdom pula melahirkan rasa syukur di atas penganugerahan yang diberikan oleh baginda.

 

Selepas menamatkan pengajian nanti beliau berazam untuk bekerja di Jabatan Kerja Raya dalam bidang tersebut dan memainkan peranan dalam bidang itu di negara ini.

 

Bagi Awang Muhammad Nasruddin bin Haji Sulaiman yang berpeluang meniggikan tahap pengajiannya dalam bidang Penyelidikan Kimia (Chemistry Research) di Imperial College London, United Kingdom menyatakan, peluang mengambil jurusan Ph.D yang dipelajari nanti akan dapat disumbangkan ke arah kestabilan dan pembangunan ekonomi negara pada masa akan datang.

 

Menurutnya, peluang itu juga akan dapat disumbangkan ke arah usaha negara untuk mempelbagaikan pendapatan ekonomi di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04