FacebookInstagramTwitterContact

 

Investment Scams           >>           Intending Haj Pilgrims' Preparation           >>           Launching of Brunei Malay Pantun Festival           >>           Opening of Museums Collection Management Programme           >>           Photo Session           >>           National Musabaqah Al-Qur'an Reading for Adults           >>           Safeguarding the Sanctity of Al-Qur'an           >>           Messages of Condolences           >>           Departure           >>           Bilateral Meeting with the Prime Minister           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Penandatanganan Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB


MENTERI Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB menyampaikan Insentif daripada YSHHB kepada penerima Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB.

 


 September 7th, 2018  |  12:13 PM  |   285 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai tiga penuntut menerima Anugerah Biasiswa 'Sultan's Scholar' Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) bagi Sesi Pengajian Tahun 2018 / 2019.

 

Dari jumlah itu, seorang penuntut menerima Anugerah Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB bagi Sesi Pengajian 2018 / 2019, manakala dua penuntut lagi menerima Anugerah Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB bagi meninggikan tahap pengajian.

 

Sehubungan itu, YSHHB mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian dan Doa Selamat bagi para penerima tersebut, bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Bangunan YSHHB, ibu negara.

 

Majlis menandatangani perjanjian penerimaan biasiswa berkenaan didahului oleh Awang Abdul Qayyum bin Haji Isa, diikuti dengan Dayang Hajah Hafizah binti Dato Paduka Haji Mohd. Nor, seterusnya Awang Muhammad Nasruddin bin Haji Sulaiman masing-masing bersama dua penjamin, terdiri daripada ibu bapa atau ahli keluarga terdekat.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan penandatanganan tersebut ialah Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB.

 

Bagi pihak YSHHB pula, penandatanganan dilakukan oleh Pengarah Urusan YSHHB, Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny bersama dengan Penolong Pengarah Urusan YSHHB, Dayang Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa.

 

Pada majlis tersebut diteruskan dengan Penyampaian Insentif daripada Yayasan kepada dua penerima Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB yang mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian, iaitu Kepujian Kelas Pertama yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Para penerima Insentif ialah Awang Muhammad Nasruddin bin Haji Sulaiman yang mendapat Kepujian Kelas Pertama (Hons) MChem in Chemistry di University of Oxford, United Kingdom dan Dayang Rasyiqah Azimah binti Muhammad Nuraiziz, (Hons) BSc. Natural Sciences di University College London, United Kingdom.

 

Majlis menandatangani perjanjian dan Doa Selamat tersebut adalah kesinambungan daripada Majlis Penganugerahan Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB 1439H / 2018M yang juga berlangsung, di Istana Nurul Iman.

 

Dengan adanya biasiswa seumpama ini diharap akan dapat melahirkan pemimpin yang cemerlang, menyumbang pada pembangunan sosial dan ekonomi negara serta menjadi generasi penerus yang akan membarisi tampuk kepimpinan bagi kepentingan agama, raja dan negara.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah sebahagian Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah YSHHB, Ahli-ahli Jawatankuasa Pandu Skim Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Skim Biasiswa 'Sultan's Scholar' YSHHB, para ibu bapa dan ahli keluarga penerima anugerah berkenaan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04