FacebookInstagramTwitterContact

 

Eminem's Daughter Hailie Jade Marries Evan Mcclintock With Her Dad By Her Side           >>           Blue Origin Successfully Sends Tourists To The Edge Of Space Again After A Long Hiatus           >>           Here Are Dell’s Five New Copilot+ Pcs           >>           Microsoft rebuilt Windows 11 around AI and Arm chips           >>           Microsoft's New Copilot+ Surface Pro Has An OLED Screen And A Redesigned Keyboard           >>           Unfazed By Delayed Start To Season, Johor Darul Ta'zim Immediately Pick Up Where They Left Off           >>           USWNT's Williams Passes Kerr As All-Time NWSL Goal Scorer           >>           Brazil Replace Injured Keeper Ederson In Copa America Squad           >>           Barcelona Coach Xavi Condemns Anti-Laporta Chants: We're 'Family'           >>           PSG End Season With Easy Win, While Brest Clinch UCL Spot           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar : Kompaun BND150, 9 Mata Demerit Sikap


 


 September 9th, 2018  |  09:37 AM  |   159 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang pemandu kenderaan persendirian dikenakan kompaun BND150 dan sembilan Mata Demerit SiKAP atas kegagalan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, sementara tiga orang pemandu syarikat pengangkutan pula dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan lalu lintas jalan raya semasa rondaan oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) pada 30 Ogos 2018 di jalan-jalan raya Tanjung Bunut, Mabohai, Telisai dan Lebuhraya Muara.

 

Dalam hal ini, JPD terus mengingatkan semua pemilik dan pemandu kenderaan sama ada milik persendirian atau syarikat, supaya sentiasa mematuhi Akta dan Peraturan Lalulintas Jalan Raya.

 

JPD tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan sebarang kompaun, Mata Demerit SiKAP dan notis penggantungan Lesen Sewa dan Upah kepada mana-mana pemilik syarikat pangangkutan, yang mana pemandunya didapati gagal mematuhi Akta dan Peraturan Lalulintas Jalan Raya demi memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan orang ramai, khususnya para pengguna jalan raya adalah terjaga.

 

JPD juga mengingatkan orang ramai dalam sama-sama memastikan keselamatan para pengguna jalan raya di negara ini sentiasa terpelihara.

 

Sebarang aduan berhubung kesalahan lalu lintas boleh disalurkan melalui Talian Darussalam 123 atau Aplikasi WhatsApp Talian Darussalam : +673 8333123.

 

Mujibor Rahman Sarif (51-242168 H), nombor Pendaftaran Kenderaan BL 9712 dikenankan kompaun sembanyak BND150.00 dan sembilan Mata Demerit SiKAP atas kesalahan Kegagalan Memakai Tali Pinggang Keledar Semasa Memandu di Jalan Tanjung Bunut.

 

Manakala, Harpet Singh (51-186724 H) dari Kian Teck Earth Work Company dengan nombor Pendaftaran Kenderaan BQ 2519 dikenakan kompaun sebanyak BND100.00 atas dua kesalahan, iaitu BND50.00 bagi setiap satu kesalahan, iaitu Kenderan Tidak Dalam Keadaan Baik dan Mengubah Suai Alat Amaran Had Laju di Batu Satu, Jalan Tutong.

 

Sementara, Siswantoro (50-995570 H) dari H.C.O Transportation Services, nombor Pendaftaran Kenderaan KK 1766 dikenankan kompaun BND100.00 atas dua kesalahan, iaitu Membawa Lebih Berat Muatan dan Mengubah Suai Alat Amaran Had Laju di Jalan Telisai - Sungai Liang dan Thirumurugan Ramasamy (51-241330 H) dari AKR Trading Sdn. Bhd., nombor Pendaftaran Kenderaan KJ 1027 dikenankan kompaun sebanyak BND50.00 setiap satu kesalahan yang membawa jumlah kompaun sebanyak BND150.00 di atas tiga kesalahan, iaitu Membawa Lebih Berat Muatan, Kenderaan Tidak Dalam Keadaan Baik dan Pemantul Cahaya Rosak di Jalan Telisai - Sungai Liang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04