FacebookInstagramTwitterContact

 

Qiyamullail and 'Pejuang Fajr' Programme           >>           Kaitlyn Bristowe Says She's Working Through "Held On Anger" Amid Ex Jason Tartick's New Romance           >>           Jenelle Evans Shares Update On Her Kids After Breakup From “Emotionally Abusive” David Eason           >>           NASA Delays Landing Of Boeing's 1st Starliner Astronaut Mission To June 22           >>           So Long, Jabra Earbuds, It's Not Your Fault           >>           Picsart And Getty Are Making An AI Image Generator Entirely Trained On Licensed Content           >>           Sophia Dunkley Earns England Recall For New Zealand Odis           >>           Mats Hummels To Leave Borussia Dortmund As Free Agent           >>           Lionel Messi To Start Argentina's Final Copa América Warmup           >>           Euro 2024: Eriksen, Højlund Man United Linkup Can 'Benefit' Denmark           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lawatan Muhibah Sultan Negeri Kedah Darul Aman


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mul

 


 September 9th, 2018  |  10:21 AM  |   536 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima Kunjungan Muhibah daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Al-Marhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman.

 

Sejurus keberangkatan tiba di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Negeri Kedah Darul Aman disembahkenalkan kepada kerabat diraja yang lain.

 

Rombongan Kebawah DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah DYMM Sultanah Negeri Kedah Darul Aman terdiri daripada Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir dan Datin; Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah; Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato' Sheikh Fadzil bin Haji Awang dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato' Paduka Haji Bakar bin Din.

 

Sejurus selepas itu, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri menerima Kunjungan Muhibah daripada Kebawah DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah DYMM Sultanah Negeri Kedah Darul Aman yang diadakan di Cheradi Laila Kenchana.

 

Berangkat sama ke Majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Turut berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

 

Semasa Kunjungan Muhibah tersebut, Kebawah DYMM berkenan menerima satu Warkah Persilaan daripada Kebawah DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman bagi Majlis Istiadat Pertabalan Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-29 yang akan berlangsung di Istana Anak Bukit, Kedah Darul Aman pada 22 Oktober 2018 ini.

 

Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudian berkenan bergambar ramai bersama-sama dengan Kebawah DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah DYMM Sultanah Negeri Kedah Darul Aman serta kerabat-kerabat diraja.

 

Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri bersama-sama Kebawah DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah DYMM Sultanah Negeri Kedah Darul Aman seterusnya beredar ke Cheradi Ratna Kenchana.

 

Di sana, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima cenderamata daripada Kebawah DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah DYMM Sultanah Negeri Kedah Darul Aman.

 

Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudian berangkat ke Baitur Rahmah bersama-sama Kebawah DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah DYMM Sultanah Negeri Kedah Darul Aman untuk Majlis Persantapan.

 

Berangkat sama ke Majlis Persantapan tersebut ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Juga berangkat sama, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

 

Majlis Persantapan di Istana Nurul Iman dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Kebawah DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah DYMM Sultanah Negeri Kedah Darul Aman serta rombongan berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka Lawatan Muhibah selama dua hari.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

India Brings Back Bodies Of 45 Workers From Kuwait

 2024-06-15 00:37:12

Mouse Jigglers Pretending To Work Fired By Bank

 2024-06-15 00:19:02