FacebookInstagramTwitterContact

 

Conversion Ceremony           >>           Interior Decoration with Local Motif           >>           Spending Wealth in the Way of Allah Subhanahu Wata'ala           >>           Qiyamullail and 'Pejuang Fajr' Programme           >>           Kaitlyn Bristowe Says She's Working Through "Held On Anger" Amid Ex Jason Tartick's New Romance           >>           Jenelle Evans Shares Update On Her Kids After Breakup From “Emotionally Abusive” David Eason           >>           NASA Delays Landing Of Boeing's 1st Starliner Astronaut Mission To June 22           >>           So Long, Jabra Earbuds, It's Not Your Fault           >>           Picsart And Getty Are Making An AI Image Generator Entirely Trained On Licensed Content           >>           Sophia Dunkley Earns England Recall For New Zealand Odis           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kongsi Keceriaan Bersama Keluarga Di Bandarku Ceria


SENAMROBIK yang disertai oleh pelbagai peringkat umur memeriahkan lagi aktiviti Bandarku Ceria, sekali gus mengamalkan gaya hidup yang sihat.

 


 September 10th, 2018  |  11:05 AM  |   333 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bandarku Ceria merupakan inisiatif dalam menceriakan ibu kota negara dengan menyajikan pelbagai program dan aktiviti yang bersesuaian bagi memberikan ruang dan masa kepada orang ramai di negara ini bersama keluarga di hujung minggu dan ia juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak dalam sama-sama menyambut baik inisiatif tersebut, sama ada daripada agensi kerajaan mahupun swasta dan orang awam.

 

Seperti lazimnya pada setiap pagi Ahad, Taman Sir Muda 'Omar Ali Saifuddien (SOAS), di ibu negara dan kawasan sekitarnya menjadi tumpuan utama para peniaga mahupun seisi keluarga untuk memulakan pelbagai aktiviti yang dirancang ataupun dianjurkan daripada pelbagai pihak.

 

Semasa tinjauan Pelita Brunei di 'Bandarku Ceria' kali ini jelas melihat pelbagai jenis aktiviti, kegiatan riadah mahupun perniagaan kian bertambah dari setiap minggu ia diadakan, yang mana antara acara yang mengambil tempat ialah ImmuneWorks' Run4Life anjuran ToPaze Management & Services, Syababul Iman Explorace sempena Perkhemahan Multaqa Belia Zero to Hero 4 'Berkarih, Berjarih, Belurih 2.0' serta sesi Senamrobik menggunakan trampolin anjuran 'Spin Date' #SPINNINGITREAL antara aktiviti yang menjadi tarikan orang ramai, di sini.

 

ImmuneWorks' Run4Life anjuran ToPaze Management diadakan adalah bagi menyahut cabaran untuk memeriahkan Bandarku Ceria, di samping bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dengan melakukan pelbagai aktiviti riadah dan sukan, selain turut mengeratkkan lagi jalinan hubungan dalam kalangan para peserta, sukarelawan dan orang ramai itu sendiri.

 

Manakala aktiviti berbasikal masih lagi menjadi pilihan utama para pengunjung Bandarku Ceria, yang mana mereka boleh menyewa pelbagai jenis basikal yang tersedia atau membawa basikal mereka sendiri menyelusuri jalan dan laluan khas yang ditutup oleh pihak berkuasa sejak jam 6.00 pagi bagi pengguna berbasikal dengan lebih selamat dan tenang.

 

Sementara di sekitar Taman SOAS pula dibanjiri dengan pelbagai jenis jualan terdiri daripada jualan yang berbentuk pakaian, makanan, minuman, aksesori, kasut, barang-barang permainan, 'garage-sale' dan banyak lagi yang mampu menarik perhatian para pengunjung berbelanja.

 

Selain itu, para belia kita juga tidak ketinggalan melibatkan diri secara aktif terutama mereka yang menjalankan usaha kecil-kecilan melalui dalam talian juga turut sama menjalankan perniagaan mereka di petak-petak perniagaan di sekitar BSB dan ini juga untuk memudahkan para pelanggan mereka membuat tempahan secara terus atau membuat temu janji (meet-point) secara mingguan di gerai mereka.

 

Rata-rata para pengunjung mahupun para peniaga melahirkan pendapat bahawa aktiviti riadah Bandarku Ceria seumpama ini memang baik untuk diteruskan kerana selain memberi peluang kepada keluarga untuk keluar beriadah, program sebegini juga boleh mendukung ke arah cara hidup yang lebih sihat dengan mengadakan pelbagai acara seperti senamrobik, larian dan sebagainya.

 

Dalam pada itu orang ramai, pihak penganjur acara, para pengunjung dan para peniaga juga turut diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan taman dan kawasan-kawasan bandar dan persekitarannya dengan baik dan bersih, dengan membuang sampah-sampah ke tempat-tempat pembuangan yang telah disediakan dan sentiasa memastikan kebersihan taman dan kawasan sekitar bandar bersih dan teratur semasa dan setelah tamatnya aktiviti yang berlangsung.

 

Namun dalam melakukan sebarang aktiviti riadah, orang ramai khususnya ibu bapa dan penjaga juga turut diingatkan untuk sentiasa memastikan keselamatan keluarga terutama kanak-kanak kecil, yang mana dalam beriadah kita perlu sentiasa peka tentang keberadaan anak-anak agar mereka tidak berada terlalu jauh dari pengawasan ibu bapa dan penjaga dan memastikan mereka tidak bermain di tempat-tempat yang membahayakan dan boleh mengancam keselamatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

India Brings Back Bodies Of 45 Workers From Kuwait

 2024-06-15 00:37:12

Mouse Jigglers Pretending To Work Fired By Bank

 2024-06-15 00:19:02