FacebookInstagramTwitterContact

 

Al-Qur'an Memorisation Tasmie'           >>           Exhibition on RBAF Anniversary Celebration           >>           23 New Babies are born           >>           Munajat Night           >>           The Madinah Visit Activity           >>           Talk Session prior to leave for Mekah           >>           Visit to Intending Haj Pilgrims' Accommodation           >>           The Raudhah Experience           >>           International Merchandise Trade Statistics Report, March 2024           >>           Bukit Kamser Recreational Park Officiating Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mesyuarat Agung Kali Ke-12 HOGB Chapter


PERSATUAN Pemilik-pemilik Motorsikal Harley Davidson Brunei Chapter (HOGB Chapter) mengadakan Mesyuarat Agung (AGM) Kali Ke-12.

 


 September 10th, 2018  |  11:18 AM  |   291 views

GADONG

 

Persatuan Pemilik-pemilik Motorsikal Harley Davidson Brunei Chapter (HOGB Chapter) mengadakan Mesyuarat Agung (AGM) Kali Ke-12, bertempat di Dynasty Centrepoint yang dihadiri oleh kira-kira 50 ahli persatuan berkenaan.

 

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihaah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Merchandise Officer, Awang Zaminuddin bin Haji Ismail.

 

Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Director HOGB Chapter, Pengiran Shahminan bin Pengiran Haji Md. Salleh yang antara lain menyentuh mengenai perkembangan persatuan yang pada awalnya bermula kecil, tetapi semakin berkembang ke hari ini.

 

Menurut Pengiran Shahminan, persatuan tersebut bukan sahaja mengumpulkan peminat-peminat motosikal berkuasa tinggi jenama Harley-Davidson, tetapi juga menyatukan semua ahli sebagai keluarga yang bersatu hati.

 

''Pelbagai aktiviti dan acara juga telah dan akan diadakan. Acara seterusnya yang dinanti-nantikan oleh ahli ialah North Borneo Rally yang akan diadakan pada 25 hingga 30 September ini, yang mana perjalanan akan merentasi beberapa kawasan di Sabah, iaitu Kundasang, Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu,'' jelasnya.

 

Pada mesyuarat itu juga, Pengarah Urusan Kumpulan, Sri Sentosa Sendirian Berhad, Sheikh Jamaluddin bin Sheikh Mohamed juga menyampaikan sepatah dua kata, yang mana beliau menyatakan, Harley-Davidson Brunei akan terus menyokong HOGB Chapter dalam apa jua aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan.

 

Mesyuarat kemudian diteruskan dengan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-11 oleh Secretary HOGB Chapter, Awang Zamri bin Haji Mohd. Yassin dan diikuti dengan penyampaian laporan kewangan oleh Treasurer, Pengiran Radin bin Pengiran Haji Othman.

 

Mesyuarat turut diisi dengan penyampaian aktiviti-aktiviti yang lalu dan terkini serta Calendar of Events serta Laporan Keahlian yang disampaikan oleh Activity Officer, Pengiran Redzaidi bin Pengiran Haji Ahmad.

 

Acara pada petang itu turut dimeriahkan dengan penyampaian lencana penghargaan kepada pemenang bagi Hotwheels Bike and Car Show yang diadakan pada tahun lalu, mewakili HOGB Chapter.

 

Acara juga dihadiri oleh Pengurus Am Harley-Davidson of Brunei, Pengiran Musa bin Pengiran Haji Mohd. Jaafar dan ahli-ahli kehormat persatuan berkenaan.

 

HOGB Chapter sebagai salah sebuah NGOs di negara ini akan terus maju ke hadapan bagi mengharumkan nama Brunei di persada dunia permotoran untuk menjadi sebuah persatuan motorsikal berkuasa tinggi yang berkaliber.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sri Lanka Monsoon Floods Kill Seven People

 2024-06-03 00:52:56

Shops Rush For Christmas Stock As Shipping Costs Surge

 2024-06-03 02:02:09