Home > Headline
Persahabatan Bersama Republik Persekutuan Jerman Dihargai
October 3rd, 2018 | 12:38 PM | 491 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Frank-Walter Steinmeier dan Chancellor Republik Persekutuan Jerman, Puan Yang Terutama Angela Merkel, kerajaan serta rakyat republik berkenaan sempena dengan Hari Penyatuan Jerman (Day of German Unity).
Dalam titah perutusan Kebawah DYMM kepada Presiden Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Frank-Walter Steinmeier, baginda merakamkan ucapan selamat menyambut hari perayaan tersebut dan berharap berpeluang untuk mengukuhkan kerjasama dua hala mahupun antarabangsa pada tahun mendatang.
Sementara dalam titah perutusan yang sama kepada Chancellor Republik Persekutuan Jerman, Puan Yang Terutama Angela Merkel, baginda amat menghargai persahabatan dan kerjasama yang sekian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Persekutuan Jerman.
Baginda mengakhiri kedua-dua titah perutusan tahniah tersebut dengan menyampaikan kegembiraan pada menyambut perayaan tersebut dan salam muhibah kepada Presiden Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Frank-Walter Steinmeier dan Chancellor Republik Persekutuan Jerman, Puan Yang Terutama Angela Merkel.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]