FacebookInstagramTwitterContact

 

CSB and UNN Renew Collaboration on Cybersecurity Awareness           >>           Teaching Practice Placement Programme           >>           Redesigning Pedagogy International Conference           >>           Visit by Islamic Studies Faculty, UMS           >>           Japan Cultural Showcase           >>           Haj Pilgrims need to prepare physically for Hot Weather           >>           Discussion on Facilities at Arafah and Mina           >>           Intending Pilgrims' Health and Safety are cared for           >>           Luncheon           >>           Solidarity Jump           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keamanan Berkekalan Bantu Jana Kemajuan Negara


SETIAUSAHA Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof semasa berucap di upacara perbarisan tersebut.

 


 October 13th, 2018  |  10:41 AM  |   245 views

TUTONG

 

Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) berperanan penting dalam memperkembangkan dan melatih anggota-anggota tentera dalam berpengetahuan ugama sekaligus melahirkan sumber tenaga manusia yang tidak cetek ugama bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan negara terjamin.

 

Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof menekankan perkara itu semasa berucap selaku tetamu kehormat pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Lelaki Pengambilan ke-162 dan Rekrut Wanita Pengambilan Ke-54 yang diadakan hari ini di Padang Kawad IL ABDB, Penanjong Garison.

 

Jelasnya, keamanan yang berkekalan dapat membantu negara menjana perkembangan dan kemajuan negara secara progresif dan dinamik serta memastikan pembangunan kapasiti dan berinsan bagi semua anggota tentera dapat dilaksanakan secara holistik merangkumi penyerapan ilmu pengetahuan dari kemahiran tentera yang sangat kondusif.

 

Seramai 158 anggota Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-162 dan seramai 67 anggota Rekrut Wanita Pengambilan Ke-54 telah menamatkan latihan asas ketenteraan.

 

Rekrut lelaki telah menjalani latihan selama 31 minggu sementara bagi rekrut wanita selama 21 minggu.

 

Juga hadir, Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-Komandan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota lain ABDB serta ahli keluarga dan rakan-rakan rekrut.

 

Semasa upacara tersebut, tetamu kehormat berkesudian memeriksa perbarisan, dan menyampaikan anugerah-anugerah kepada jurulatih-jurulatih dan rekrut-rekrut yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang latihan rekrut dijalankan.

 

Penerima-penerima anugerah bagi Pengambilan Rekrut Lelaki Ke-162 adalah 16439 Bintara Himran bin Haji Awang Hassan bagi Platun Sarjan Lelaki Terbaik; 17077 Korporal Mahdini bin Osli bagi Jurulatih Lelaki Terbaik; 52551 Rekrut Mohd. Ali bin Emran bagi Rekrut Lelaki Terbaik Keseluruhan;  52624 Rekrut Muhammad Syazwan bin Mahni Azizan bagi Rekrut Terbaik Senjata Ringan; 52578 Rekrut Muhammad Muiz bin Rafiudin bagi Latihan Jasmani Terbaik; 52706 Rekrut (L) Khalid bin Haji Yussof bagi Kemahiran Tentera Terbaik; dan 52673 Rekrut (U) Ak. Mohd Hamizan bin Pg. Haji Gazali bagi Penembak Terbaik.

 

Manakala rekrut wanita juga diberikan anugerah dalam kategori yang sama iaitu 21216 Sarjan Norbaya binti Haji Abdul Hadi bagi Platun Sarjan Wanita Terbaik; 21474 Koperal Nurul Suriyana binti Haji Serbini bagi Jurulatih Wanita Terbaik; 21956 Rekrut Nurain binti Mohd Sallih bagi Rekrut Wanita Terbaik Keseluruhan; 21995 Rekrut Nur Ezzah binti Mohammad Hirmy bagi Rekrut Terbaik Senjata Ringan; 21941 Rekrut Nurul Asilah binti Zulkibli bagi Latihan Jasmani Terbaik dan 21948 Rekrut (L) Dk Ummi Ramizah binti Pg Haji Jeludin bagi Kemahiran Tentera Terbaik.       

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

India's Modi Could Win Third Term, Polls Predict

 2024-06-02 01:05:44

Ticketmaster Confirms Data Hack Which Could Affect 560m Globally

 2024-06-02 00:09:47