FacebookInstagramTwitterContact

 

Temporary Half Lane Closure           >>           Young Scientist Programme           >>           Joining the Asia Pacific Region Governance           >>           NXplorers Workshop           >>           Robotic Coding Conquest Workshop           >>           Role and Responsibility of Brunei National Archives           >>           138th Munajat Night           >>           Teamwork Workshop Closing Ceremony           >>           'Lailatul Ursah' Programme           >>           Scientific Expedition Closing Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tekankan Pendidikan Berkualiti, Pembelajaran Sepanjang Hayat


TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh mengetuai delegasi Kementerian Pendidikan dan menghadiri Persidangan Agung Sesi Ke-13 Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Islam (ISESCO) di Ibu Pe

 


 October 13th, 2018  |  10:45 AM  |   264 views

RABAT, MAGHRIBI

 

Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh mengetuai delegasi Kementerian Pendidikan dan menghadiri Persidangan Agung Sesi Ke-13 Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Islam (ISESCO) di Ibu Pejabat ISESCO di Rabat, Maghribi mulai 11 hingga 12 Oktober 2018.

 

Persidangan bertema Al-Quds Al-Sharif itu dihadiri oleh Menteri-menteri / Timbalan-timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kanan dari lebih 46 negara Ahli ISESCO dan para wakil pertubuhan-pertubuhan antarabangsa serta pemerhati-pemerhati.

 

Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dalam pernyataannya sebagai sebahagian daripada Statements of Heads of Delegation persidangan tersebut memaklumkan bahawa Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21) sangat menekankan pendidikan yang berkualiti, termasuk dengan pelaburan dalam pembelajaran awal dan pembelajaran sepanjang hayat untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan, bukan sahaja untuk menghadapi cabaran Abad Ke-21, tetapi juga Fourth Industrial Revolution, sambil mengekalkan kepercayaan dan nilai-nilai Islam.

 

Mengenai dengan Pengajian Tinggi di Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan menyampaikan bahawa Universiti Brunei Darussalam (UBD) mencapai kejayaan, di mana ia memecah masuk Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings di tempat ke-349 pada tahun 2017 dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) di kedudukan ke-422 pada tahun ini.

 

Selain itu, Yang Mulia juga menyatakan bahawa UTB dinilai sebagai Universiti Lima Bintang berdasarkan QS Star Rating System selepas mencapai lima bintang dalam enam daripada tujuh kategori, iaitu Teaching, Employability, Internationalization, Facilities, Social Responsibility, dan Inclusiveness.

 

Yang Mulia turut memaklumkan bahawa Bandar Seri Begawan sebagai Ibu Negara Kebudayaan Islam bagi rantau Asia, tahun 2019.

 

Delegasi Kementerian Pendidikan juga mengadakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah ISESCO, Tuan Yang Terutama Dr. Abdulaziz Othman Altwaijri dan Menteri Pendidikan Nasional, Latihan Vokasional, Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik, Maghribi, Tuan Yang Terutama Saaid Amzazi.

 

Antara yang mengiringi Yang Mulia Timblan Menteri Pendidikan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr. Haji Azman bin Ahmad; Charge D'Affaires di Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Maghribi, Awangku Haji Shahrin bin Pengiran Haji Bakar dan dua pegawai dari Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

 

Sebagai Ahli Majlis Eksekutif, Dr. Haji Azman bin Ahmad juga menghadiri Majlis Eksekutif ISESCO Sesi Ke-39 yang berlangsung pada 8 hingga 9 Oktober 2018, di Ibu Pejabat ISESCO.

 

Rombongan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) juga berpeluang membuat lawatan ke Mohammed V University di Rabat dan mengadakan Kunjungan Hormat kepada Pemangku Presiden Universiti tersebut, Tuan Abdelhanine Belhaj.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Narendra Modi Sworn In For Third Term At Grand Ceremony In Delhi

 2024-06-10 01:03:13

Price Hikes And Boycotts: Is Trouble Brewing At Starbucks?

 2024-06-10 00:29:02