FacebookInstagramTwitterContact

 

Temporary Half Lane Closure           >>           Young Scientist Programme           >>           Joining the Asia Pacific Region Governance           >>           NXplorers Workshop           >>           Robotic Coding Conquest Workshop           >>           Role and Responsibility of Brunei National Archives           >>           138th Munajat Night           >>           Teamwork Workshop Closing Ceremony           >>           'Lailatul Ursah' Programme           >>           Scientific Expedition Closing Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Praktikkan Pembangunan Mampan Dalam Menangani Masalah Alam Sekitar


NEGARA Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib bersama dua pegawai kanan dari Jabatan Majlis-Majlis Me

 


 October 13th, 2018  |  10:58 AM  |   296 views

ANTALYA, TURKI

 

Mesyuarat Perhimpunan Agung Speaker Parlimen Negara-negara Eropah dan Asia Kali Ke-3 berlangsung mulai 8 hingga 11 Oktober 2018 di Antalya,Turki.

 

Tema mesyuarat pada tahun ini ialah ''Economic Cooperation, Environment and Sustainable Development in Eurasia,'' yang mana ia adalah sangat relevan kepada Negara-negara Eurasia,termasuklah bagi Negara Brunei

Darussalam (NBD).

 

Perhimpunan tersebut dihadiri oleh 38 buah negara yang terdiri daripada Speaker-speaker Parlimen Eropah dan Asia berserta dengan Ahli-ahli Parlimen.

 

NBD diketuai oleh Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul

Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib bersama dua pegawai kanan dari Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

 

Mesyuarat Perhimpunan Agung tersebut diakhiri dengan sebuahPernyataan Antalya (Antalya Statement) sebanyak 17 perkara,berkaitan dengan kemantapan ekonomi kerjasama, alam sekitar

yang mampan dan keteguhan pembangunan bagi Wilayah Eurasia (Eropah dan Asia).

 

Majlis Pembukaan Rasmi dimulakan dengan teks ucapan daripada Presiden Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyib Erdogan yang diwakilkan dan disampaikan oleh Speaker kepada Grand National Assembly of Turkey, Yang Berhormat Binali Yildirim. Yang Berhormat turut berucap pada Majlis Pembukaan Rasmi tersebut.

 

Pada Sesi Plenari Pertama, Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman turut membuat keterangan, yang mana antara lainnya bersetuju dengan tema mesyuarat pada tahun ini.

 

Yang Berhormat menyifatkan sustainable development ataupun pembangunan mampan adalah suatu konsep yang signifikan dan

bukan asing lagi dan ia perlu dipraktikkan di dalam usaha untuk menangani masalah alam sekitar dan dalam pada yang sama mempertingkatkan dan menambahbaikkan iklim ekonomi di rantau Eurasia.

 

Penyertaan NBD di mesyuarat tersebut, jelas Yang Berhormat diharap dapat memperluaskan lagi peluang dalam menjalinkan dan mengeratkan hubungan dua hala dengan parlimen antarabangsa yang lain, di samping mempelajari amalan terbaik di antara satu sama lain.

 

Di bidang ekonomi, NBD juga begitu aktif memaksimumkan faedah daripada penglibatan dalam forum antarabangsa dan serantau yang dapat mengukuhkan lagi kemajuan negara ke arah kepelbagaian ekonomi yang

mampan.

 

Yang Berhormat menyatakan NBD bersetuju sepenuhnya dengan konsep Pembangunan Mampan yang menjelaskan bahawa untuk mencapai pembangunan, kita perlu memanfaatkan sumber yang sedia ada tanpa menjejaskan sumber generasi masa depan kita.

 

Pembangunan mampan juga terus berkembang dan ini, jelas Yang Berhormat bertujuan untuk melindungi sumber-sumber dunia, manakala agenda utamanya adalah untuk mengawal sumber-sumber dunia.

 

Pertumbuhan ekonomi yang mampan dari segi alam sekitar merujuk pada pembangunan ekonomi yang memenuhi keperluan semua tanpa mengurangkan sumber semula jadi generasi akan datang.

 

Mesyuarat Perhimpunan Agung diakhiri dengan Penandatanganan Kenyataan Bersama daripada semua Ketua Delegasi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Narendra Modi Sworn In For Third Term At Grand Ceremony In Delhi

 2024-06-10 01:03:13

Price Hikes And Boycotts: Is Trouble Brewing At Starbucks?

 2024-06-10 00:29:02