FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program IWE Kongsi Ilmu Islam


TIMBALAN Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang hadir selaku tetamu kehormat di Program ‘Ilm Weekend [IWE] Tahun 1440 Hijrah/2018 Masihi

 


 October 14th, 2018  |  10:03 AM  |   207 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Program 'Ilm Weekend (IWE) Tahun 1440 Hijrah / 2018 Masihi bertujuan untuk  memberi pengetahuan kepada para mualaf dan bukan Islam yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai agama Islam.

 

 Program Keugamaan Belia selama dua hari yang berlangsung di Pusat Da'wah Islamiah (PDI) itu antara lain juga bertujuan untuk menjadi pusat perhentian dalam mempelajari Islam secara teori mahupun praktikal.

 

Perasmian program anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Belia Mualaf As-Syahadah itu disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang selaku tetamu kehormat.

 

 Turut hadir Pengarah PDI, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh; Pemangku Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar; dan pegawai-pegawai kanan KHEU.

 

 Naib Yang Di-Pertua Belia Mualaf As-Syahadah, Dayang Norfadhilah binti Haji Yunos ketika menyampaikan ucapan alu-aluan berkata, antara objektif program berkenaan adalah bagi mengongsikan ilmu melalui sesi ceramah dan forum yang dianjurkan.

 

Di samping itu jelasnya, ia adalah bagi menggalakkan perkongsian ilmu dan budaya membaca melalui kempen menderma buku-buku Islam daripada orang awam terutama kepada para mualaf yang berminat.

 

"Alhamdulillah, untuk Program IWE 1440 ini, terdapat 11 organisasi yang ikut serta untuk membuat pameran terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, institusi-institusi pendidikan tinggi dan kumpulan-kumpulan belia di bawah Program Keugamaan Belia," katanya.

 

 Majlis juga diisi dengan Ceramah Perdana bertajuk 'Ilmu dan Islam yang disampaikan Pemangku Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

 

 Beliau dalam ceramahnya antara lain menceritakan perkembangan ilmu semenjak bermulanya tamadun peradaban untuk kebaikan manusia dan menekankan kepentingan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah melalui Al-Quran dan hadis itu kepada umat manusia di dunia dan juga di akhirat.

 

 Hari pertama program itu turut diisi dengan forum 'Masyarakat Harmoni di dalam Perspektif Islam' disampaikan oleh Pengarah Pusat Bahasa KUPU SB, Dr. Awang Haji Hambali bin Haji Jaili dan  juga  Guru Ugama Terlatih PDI, Awang Kamal Leang bin Abdullah dalam bahasa Mandarin.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55