FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Inovasi Tingkatkan Mutu Perkhidmatan Pos


MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof semasa menyampaikan anugerah bagi ketua pos dan postmen terbaik Jabatan Perkhidmatan Pos.

 


 October 14th, 2018  |  10:13 AM  |   312 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Inovasi penting dalam penambahbaikan dan peningkatan mutu perkhidmatan secara menyeluruh, serta berintegrasi dan inklusif melalui penerapan teknologi dalam setiap pertimbangan dan proses yang dilaksanakan.

 

Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof menekankan perkara itu pada Majlis Sambutan Hari Pos Sedunia  Ke-144 Tahun 2018 yang berlangsung di Pusat Memproses Mel dan Bungkusan, Lapangan Terbang Lama, Berakas hari ini.

 

Yang Berhormat juga menekankan akan keperluan untuk mencapai objektif peningkatan kualiti perkhidmatan melalui penggunaan teknologi dalam bentuk perkembangan era revolusi industri yang ke-4 (4th Industrial Revolution).

 

"Keupayaan teknologi digital semakin ketara dalam menggerakkan pemikiran, gaya hidup, perhubungan dan cara kita bekerja.

 

 Revolusi ini membawa kemajuan yang saling berhubungkait dalam semua aspek, termasuk pembuatan dan pengedaran melalui teknologi seperti 'The Internet of Everything' (IoE), digitisation, mobile devices, big data, analytics dan cloud computing," jelas Yang Berhormat selaku tetamu kehormat.

 

Seterusnya Yang Berhormat menekankan akan keperluan Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP) untuk membuat persediaan yang rapi bagi penjenamaan atau rebranding melalui pembarigaan perkhidmatan-perkhidmatan baru yang dinaiktaraf dan juga melalui penerokaan kolaborasi strategik dengan rakan-rakan kerjasama yang berpotensi melalui pendekatan "whole of nation" yang holistik dan bersepadu bersama pelbagai pihak, seperti syarikat-syarikat milik Kerajaan (GLCs), sektor swasta dan institusi pengajian tinggi.

 

 Yang Berhormat juga menyentuh mengenai dengan keperluan pemberian perkhidmatan yang inklusif.

 

"Universal Service Obligation, atau Keutamaan Perkhidmatan Sejagat, perlulah tetap terpelihara dalam penyediaan perkhidmatan berkualiti yang dapat diperolehi oleh setiap pengguna di kawasan bandar mahupun di pendalaman," tambah Yang Berhormat.

 

 Keutamaan Pelanggan (Customer Priority) juga turut ditekankan oleh Yang Berhormat.

 

 "Alhamdulillah, saya telah difahamkan JPP sedang giat berusaha secara berterusan kearah memperbaiki kualiti perkhidmatannya kepada pelanggan," jelas Yang Berhormat.

 

 Majlis diisikan dengan permakluman dan penyampaian anugerah-anugerah bagi ketua pos dan postmen terbaik JPP, diikuti dengan permakluman pemenang-pemenang peraduan menulis surat kiriman bagi kanak-kanak yang berumur antara 9 hingga 15 tahun.

 

 Majlis juga diselajurkan dengan pelancaran Buku Poskod Edisi Il 2018 dan pelancaran Projek Rintis Sistem Postal Q-Pintar dan juga Perasmian sebuah café di Pusat Pemproses Mel, Berakas yang merupakan sebuah projek Public-Private-Partnership (PPP) JPP dengan sebuah syarikat swasta tempatan.

 

 Juga hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon selaku Penghulu Mukim Berakas 'B' dan Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin selaku Penghulu Gadong 'A'; Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan, Dayang Hajah Airah binti Haji Abdullah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55