FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD ambil berat perkembangan program ASEAN Integrated Food Security Framework


MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong mewakili Negara Brunei Darussalam ke Mesyuarat kali Ke-40 di Hanoi, Republik Sosialis Viet Nam MENANDATANGANI Memorandum Persefahaman tersebut bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan bagi pihak Republik Kesatuan My MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong mewakili Negara Brunei Darussalam ke Mesyuarat kali Ke-40 di Hanoi, Republik Sosialis Viet Nam

 


 October 14th, 2018  |  10:17 AM  |   362 views

HANOI, VIET NAM

 

Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN (AMAF) telah mengadakan Mesyuarat kali Ke-40 di Ha Noi, Republik Sosialis Viet Nam yang diadakan pada Khamis, 11 Oktober 2018.

 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Dr. Nguyen Xuan Cuong.

 

 Menerusi Kenyataan Bersama mesyuarat tersebut, para Menteri telah membincangkan serta bertukar pandangan mengenai pembangunan dan perkembangan serantau dalam melaksanakan ASEAN Economic Community Framework 2025 serta kemajuan yang dicapai dalam sektor Makanan, Pertanian dan Perhutanan bagi tempoh 2017 - 2018.

 

Para Menteri sangat berpuas hati dengan perkembangan dan kejayaan dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif yang berkaitan dengan kerjasama di sektor Makanan, Pertanian dan Perhutanan ke arah mendukung Visi dan Rancangan Strategik Kerjasama ASEAN dalam sektor Makanan, Pertanian dan Perhutanan 2016 - 2025.

 

Mewakili Negara Brunei Darussalam (NBD) ke Mesyuarat tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong.

 

Pada Mesyuarat tersebut, Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan memaklumkan bahawa NBD turut mengambil perhatian berhubung dengan perkembangan pelbagai aktiviti yang telah dikendalikan dalam melaksanakan program ASEAN Integrated Food Security Framework, dan dalam usaha meneruskan program bantuan bahan makanan kepada negara-negara yang mengalami musibah bencana alam melalui projek ASEAN Plus Three Emergency Rice Reserved (APTERR), NBD akan menyertai negara-negara anggota ASEAN + 3 lainnya dalam menandatangani Protokol untuk meminda lampiran 2 pada Perjanjian APTERR.

 

Seterusnya, Yang Berhormat memaklumkan bahawa NBD juga menyokong sepenuhnya cadangan yang dikemukakan oleh Pengerusi SOM-AMAF dan turut mengesahkan dokumen-dokumen yang dikemukakan untuk penyelarasan piawaian-piawaian ASEAN bagi Maximum Residue Limits (MRLs) serta piawaian bagi beberapa produk-produk hortikultur yang terpilih.

 

 Menyentuh mengenai Kerjasama Di Bidang Ternakan, Yang Berhormat memaklumkan bahawa NBD juga mengambil perhatian yang serius tentang kemunculan semula penyakit-penyakit zoonotik yang menghalang pertumbuhan dan perdagangan hasil-hasil industri ternakan di rantau ASEAN ini.

 

 Dalam hubungan ini, NBD menyokong untuk mengesahkan bagi perlaksanaan Perjanjian mengenai Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Kesihatan Haiwan dan Zoonoses (ASEAN Coordinating Center on Animal Health and Zoonoses, ACCAHZ).

 

 Dalam kerjasama sektor perikanan, para Menteri mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan bagi penubuhan kumpulan Kerja Pakar bagi Amalan Baik Akuakultur ASEAN (ASEAN Good Aquacultre Practices, GAqP) untuk menyokong pelaksanaan GAqP ASEAN dan ASEAN Shrimp GAqP.

 

Dalam kerjasama sektor perhutanan pula, NBD juga mengambil maklum bahawa SOM-AMAF akan menggalakkan negara-negara anggota ASEAN untuk meningkatkan Amalan Pengurusan Perhutanan Mampan (Sustainable Forestry Management Practices); memajukan inisiatif bersama serta meningkatkan penyelidikan dan pembangunan Bersama sektor perhutanan; pembangunan kapasiti dengan institusi lain yang berkaitan dalam sektor perhutanan seperti AFoCO.

 

 Dalam Kerjasama ASEAN dengan Rakan-Rakan Kongsi Pembangunan, Yang Berhormat memaklumkan bahawa NBD akan menyertai negara anggota ASEAN untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara ASEAN dan Republik Rakyat China bagi Kerjasama Dalam Bidang Permakanan dan Pertanian.

 

Yang Berhormat seterusnya memaklumkan bahawa NBD mengambil maklum dan turut mengesahkan Report and Recommendations of the Chair of SOM-AMAF to the 40th AMAF.

 

 Melaluinya, jelas Yang Berhormat akan dapat meningkatkan lagi kerjasama dalam kalangan negara-negara ASEAN dalam sektor Makanan, Pertanian dan Perhutanan.

 

Mesyuarat AMAF Kali Ke-41 akan diadakan di NBD pada Tahun 2019.

 

 Mesyuarat tersebut sebelumnya didahului dengan Mesyuarat di peringkat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM-AMAF) yang telah diadakan pada 8 hingga 9 Oktober 2018, yang mana NBD telah diketuai oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Pengiran Haji Kamalrudzaman bin Pengiran Haji Mohd. Ishak berserta beberapa pegawai dari pihak Kementerian berkenaan.

 

Semasa menghadiri Mesyuarat AMAF Ke-40,  Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan juga telah berkesempatan mengadakan perjumpaan dua hala dengan Menteri Pertanian, Ternakan dan Pengairan, Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama Dr. Aung Thu.

 

Pada sesi perjumpaan tersebut, kedua belah pihak telah membincangkan mengenai kerjasama berterusan dan bantuan teknikal kepada NBD, khususnya bagi pembekalan benih padi jenis hibrid yang berhasil tinggi.

 

 Semasa perjumpaan itu juga, telah diadakan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Republik Kesatuan Myanmar mengenai dengan kerjasama dalam bidang Pertanian.

 

 Melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman tersebut, kedua belah pihak bersetuju untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam pengeluaran beras khususnya pengimportan benih beras hybrid berhasil tinggi ke NBD yang diharapkan akan membawa impak positif kepada industri beras di negara ini.

 

Menandatangani Memorandum Persefahaman tersebut bagi pihak Kerajaan Kebawah DYMM ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan bagi pihak Republik Kesatuan Myanmar ialah Menteri Pertanian, Ternakan dan Pengairan, Republik Kesatuan Myanmar, TYT Dr. Aung Thu.

 

 Turut hadir pada perbincangan dua hala berkenaan ialah Duta Besar, Istimewa dan Mutlak NBD ke Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Pengiran Haji Sahari bin Pengiran Salleh.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55