FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Oktober Spektakular Meriahkan Taman Permainan JP


PERSEMBAHAN silap mata dari ahli silap mata tempatan turut menceriakan malam minggu di Taman Permainan Jerudong Park.

 


 October 15th, 2018  |  10:11 AM  |   458 views

JERUDONG

 

Oktober Spektakular Jerudong Park (JP) diadakan malam semalam di bawah 'Enchanted Night Vol II dengan mengetengahkan pelbagai persembahan selama dua jam setengah sebagai susulan kepada Enchanted Night Vol I pada 2016.

 

Persembahan malam semalam dianjurkan oleh Jerudong Park and Country Club yang antaranya membawakan beraneka persembahan silap mata dari enam ahli silap mata di samping persembahan muzik, termasuk tarian jalanan dari NQB Dancers-Bruhooders.

 

Akmal Jamil daripada Magication Studio berjaya menarik perhatian dan mempesona penonton dengan silap mata pentas, di samping silap mata dari Akbaruddin Mohamad Suhail; Musa Magic; Hasbollah Hardini; Pemenang Anugerah Merlin untuk Best Close-up Magic 2010, Tse Tow Joon Yeen dan dan ahli silap mata Mohd. Zul Azmee Awang Marzuki dari Eye Mistake BN.

 

Menurut Musa Magic yang pertama kali muncul di pentas JP, persembahan itu boleh menarik lebih banyak pengunjung taman permainan ini.

 

''Pertunjukan ini adalah peluang untuk mendedahkan orang ramai kepada komuniti silap mata, biasanya mereka melihatnya di TV, tetapi sekarang mereka dapat menonton ahli silap mata tempatan yang berbakat seperti juga ahli silap mata antarabangsa,'' ujarnya.

 

Mohd Zul Azmee Awang Marzuki dari Eye Mistake pula turut merasakan keseronokan untuk kembali buat kali kedua dengan harapan para penonton dapat menikmati persembahan beliau, yang mana menurutnya persembahan kali ini lebih interaktif sepanjang latihannya dalam bidang ini selama dua tahun.

 

JP juga menawarkan kadar promosi khas sehingga 28 Oktober ini dengan bayaran masuk hanya BND12 untuk dewasa dan BND6 bagi kanak-kanak antara 3-11 tahun iaitu residen di negara ini sahaja. Manakala tiket untuk bukan pemastautin adalah BND15 untuk dewasa, BND8 untuk kanak-kanak 3-11 tahun. Tiket termasuk semua permainan, Taman Air dan Permainan Fasa 2.

 

Bukan itu sahaja, sepanjang bulan Oktober ini, tiket masuk BND5 melayakkan orang ramai untuk menikmati Kereta Api GoPo, JP Town, Musical Fountain, Mini Golf, Kids Playground Indoor Playground dan satu perjalanan misteri.

 

Orang ramai dialu-alukan meluangkan masa lapang di sini sebagai destinasi Pelancongan Perdana Brunei.

 

Maklumat lanjut mengenai Taman Permainan JP, orang ramai boleh melayari Instagram JP atau layari http:'//www.jerudongpark.com'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55