FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


1,373 Kes Tidak Gunakan Tali Pinggang Keledar Pada 2017


KEMPEN pembarigaan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) turut memaparkan demonstrasi Seat Belt Convincer

 


 October 15th, 2018  |  10:33 AM  |   227 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) menyeru pemandu dan penumpang termasuk penumpang di tempat duduk belakang untuk menggunakan tali pinggang keledar serta penumpang kanak-kanak untuk menggunakan tempat duduk kanak-kanak (baby car seat) semasa memandu di jalan raya, walaupun semasa membuat perjalanan dekat.

 

Seruan tersebut ditekankan oleh Pengerusi Persatuan Insurans dan Takaful Brunei (BITA), Awang Haji Osman bin Haji Mohd. Jair selaku Ambassador MKKJR semasa acara Bandarku Ceria di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

 

Menurut Awang Haji Osman, daripada operasi-operasi dan pemantauan yang dibuat serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, masih terdapat pemandu dan penumpang yang 'tidak menggunakan tali pinggang keledar' semasa memandu.

 

 

Beliau menjelaskan bahawa dari Januari hingga 29 September 2018, enam nyawa terkorban apabila didapati sama ada pemandu atau penumpang yang terkorban tidak menggunakan tali pinggang keledar semasa kejadian berlaku dan ia adalah satu perkara yang amat membimbangkan.

 

Hasil daripada laporan-laporan awal yang disediakan dan lawatan-lawatan ke beberapa lokasi kejadian kemalangan

 

menunjukkan sama ada pemandu atau penumpang yang menggunakan tali pinggang keledar semasa kejadian berlaku, selamat atau mendapat kecederaan ringan sahaja, dan yang terkini, didapati mangsa yang terkorban adalah kanak-kanak berumur tiga tahun yang duduk di pangkuan ibunya sebagai penumpang hadapan.

 

''Perlu diketahui yang tidak memakai tali pinggang keledar semasa kemalangan berlaku akan menjadikan seseorang terhentak dalam ruang kenderaan dan boleh terhumban keluar dari kenderaan dan ini boleh membawa maut akibat dari kecederaan yang teruk,'' tegas Awang Haji Osman.

 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mencatatkan 1,373 kes tidak menggunakan tali pinggang keledar pada tahun 2017. Dari Januari hingga Julai 2018, lebih 400 pemandu dikompaun oleh PPDB dan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), akibat tidak menggunakan tali pinggang keledar semasa memandu.

 

Kempen pembarigaan MKKJR tersebut turut memaparkan demonstrasi Seat Belt Convincer, yang mana apabila orang ramai menaiki Seat Belt Convincer berkenaan akan dapat mengalami sendiri kesan mahupun impak rendah pada kelajuan di bawah 20km / jam dan secara tidak langsung memberikan penekanan kepada pemandu betapa pentingnya penggunaan tali pinggang keledar semasa memandu mahupun sebagai penumpang kenderaan tersebut.

 

MKKJR menggariskan, kempen-kempen sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha MKKJR untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya untuk sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan.

 

MKKJR juga menyeru dan menekankan sekali lagi kepada semua pemandu untuk sentiasa mematuhi semua peraturan lalu lintas supaya keselamatan dan kesejahteraan pemandu juga pengguna jalan raya akan terpelihara dan mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

 

MKKJR berharap dengan adanya kempen seumpamanya, peningkatan kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai keselamatan jalan raya ke arah usaha bersama secara amnya akan dapat membantu mengurangkan nyawa yang terkorban akibat kemalangan di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55