FacebookInstagramTwitterContact

 

Mysterious Eerie Pillars Of Light Appeared In The Sky But The Source Is Very Mundane           >>           Improve Cognitive Performance And Attention With Good Fats And Nutrition           >>           7 Reasons To Drink Warm Water Every Day           >>           New Research Places The Sun's Magnetic Field Close To The Surface, Upending Decades Of Theories           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           Anker Power Banks Are Up To Half Off Ahead Of Memorial Day Weekend           >>           Openai Will Reportedly Pay $250 Million To Put News Corp's Journalism In Chatgpt           >>           JPMC College of Health Sciences Open Day           >>           Various Activities in conjunction with Brunei Malay Quatrain Festival           >>           Bluesky Finally Has Dms, With Encrypted Messaging Coming ‘Down The Line’           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Readathon Pupuk Minat Membaca


PELBAGAI aktiviti budaya membaca merentas kurikulum seperti mewarna, melukis, Mari Bercerita dan kuiz turut diadakan.

 


 October 15th, 2018  |  10:42 AM  |   192 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Program Bandarku Ceria bertujuan untuk menghidupkan suasana Bandar Seri Begawan dan menjadikannya sebagai sebuah bandar yang dinamik, vibrant dan unggul.

 

Kebisingan trafik digantikan dengan kicauan burung, deruman enjin digantikan dengan gelak-tawa dan celoteh ria, di mana bau minyak petrol dan diesel digantikan dengan bau makanan sihat yang sedap, selain jalan raya-jalan raya digunakan oleh pejalan kaki atau dijadikan sebagai ruang untuk berbasikal sahaja.

 

Program Bandarku Ceria dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang disediakan untuk orang ramai yang berkunjung bersama keluarga dan rakan taulan.Turut menyerikan program tersebut kali ini ialah Readathon anjuran Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan yang mengisi pelbagai aktiviti untuk para pengunjung, terutama sekali bagi anak-anak kecil dan remaja yang minat membaca.

 

Hadir bagi menyempurnakan perasmian Readathon, Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Dr. Hajah Zurina binti Haji Harun.

 

Readathon memberi peluang kepada individu, khususnya para pelajar menyertai aktiviti-aktiviti membaca secara informal dan santai, sekali gus memupuk minat dan gemar membaca bagi rakyat di negara ini melalui kepelbagaian aktiviti dan bahan bacaan tanpa batasan umur.

 

Ia juga memberi peluang dan ruang kepada masyarakat umum, khususnya para pelajar untuk menimba pengalaman dalam penglibatan acara cabaran santai (bertaja ataupun tidak), bersifat 'jalinan' pelbagai pihak dan mengembangluaskan Program Budaya Membaca dan mensosialisasikan peranan setiap individu dalam menjayakan program tersebut.

 

Selain itu, Readathon mampu memberikan impak positif dalam pembangunan sikap bertanggungjawab bersama terhadap keperluan suka membaca dalam kalangan masyarakat setempat sebagai salah satu identiti bangsa dan negara serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat setempat melalui penyertaan acara santai yang bermanfaat dan memupuk sikap ihsan dan dermawan serta saling bantu membantu dalam kalangan warga jabatan sekolah-sekolah dan warga setempat.

 

Readathon turut digegarkan lagi dengan aktiviti Jejak Warisan atau Amazing Race yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, yang mana mereka mesti menjawab soalan-soalan yang ada di semua stesen.

 

Setiap kumpulan terdiri daripada tiga peserta (umum), iaitu institusi pendidikan, ibu bapa dan orang awam yang dibahagikan pada 20 kumpulan.

 

Selain itu, pelbagai aktiviti budaya membaca merentas kurikulum seperti mewarna, melukis, Mari Bercerita dan kuiz turut diadakan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Airline To 'Better Manage' Flights With AI Use

 2024-05-23 00:53:05