FacebookInstagramTwitterContact

 

A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>           US Confirms First Aid Trucks Arrive Via Gaza Pier           >>           Mass Wedding For Nigeria Orphans Sparks Outcry           >>           'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody           >>           Weather Photography Exhibition           >>           Students Platform Idea Presentation           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Muzik Satukan Rakyat Dari Berbagai Negara


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bersama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Sujatmiko pada Persembahan Penutup

 


 October 15th, 2018  |  11:34 AM  |   343 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) dengan kerjasama Kris Karmila Kreations dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengadakan Persembahan Penutup sempena Bengkel Irama Seni Tradisi Negara Brunei Darussalam - Indonesia 2018 bertempat di KBRI, Jalan Kebangsaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri.

 

Dalam ucapan alu-aluan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Sujatmiko antara lain menjelaskan, bagaimana muzik menyatukan rakyat dari berbagai negara khususnya melalui Gulintangan, Gamelan dan Angklung.

 

Tambahnya, alat-alat muzik tradisional itu perlu dipelihara dan disesuaikan menerusi era dinamik yang akan datang, supaya ia diminati oleh generasi muda dan tidak pernah kehilangan ciri-cirinya yang unik.

 

Pada majlis penutup tersebut, para peserta bengkel mempersembahkan lagu-lagu Brunei dan Indonesia dengan menggunakan alat-alat muzik yang diajarkan pada bengkel tersebut seperti lagu tradisi Kayum O Ya Kayum dan Adai Adai menggunakan Gulintangan; lagu Bengawan Solo dan Syantiek yang dimainkan menggunakan Angklung dan lagu Suwe Ora Jamu dan Gambang Suling yang dimainkan menggunakan Gamelan.

 

Kemuncak acara ialah persembahan gabungan ketiga-tiga alat muzik, iaitu Gulintangan, Angklung dan Gamelan.

 

Majlis turut dimeriahkan dengan Persembahan Silat, Tarian Melayu, Tarian Merak dan Tarian Gandrung.

 

Pada akhir majlis, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga menyampaikan sijil-sijil kepada para peserta bengkel berkenaan.

 

Bengkel yang diadakan selama dua hari, iaitu 6 dan 7 Oktober lalu bertujuan untuk memberikan pengalaman seni budaya negara kepada para belia di Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia, khususnya Gulintangan, Angklung dan Gamelan, di samping memperkenalkan budaya tradisional kepada generasi muda dan meningkatkan interaksi di antara rakyat kedua-dua buah negara.

 

Seramai 41 peserta menyertai bengkel tersebut, iaitu 18 peserta dari Republik Indonesia, 23 peserta dari Negara Brunei Darussalam dan 14 tenaga pengajar dari KKBS (Gulintangan), Rumah Angklung Jakarta (Angklung) dan Institut Seni Indonesia Surakarta (Gamelan).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55