Home > Bahasa Melayu
BND2,900 Untuk Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan hadiah kepada pemenang Johan Divison 'A'.
October 15th, 2018 | 11:41 AM | 308 views
MENTIRI
Perlawanan Golf Amal Terbuka 2018 yang dianjurkan oleh ED PUJA berakhir dengan penyampaian derma bagi Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi, Persatuan SMARTER dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) yang berlangsung di Kelab Golf Pantai Mentiri.
Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi menerima sebanyak BND2,900 manakala Persatuan SMARTER menerima BND1,000 dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam menerima BND1,000.
Hadir menyempurnakan derma dan hadiah ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan iaitu Novelty, Senior Category, Ladies, Men Division 'A', Men Division 'B', Men Division 'C' dan Members PUJA.
Dalam perlawanan tersebut Kategori Terbuka Division 'A' dimenangi oleh Johari bin Haji Ahmad sementara bagi Kategori Terbuka Division 'B' dimenangi oleh Haji Jaluddin dan Mohd. Nazirul Hakim memenangi dalam Kategori Terbuka Division 'C'.
Manakala bagi Kategori Terbuka Division A-Net dimenangi oleh Azmi bin Haji Osmar manakala Pengiran Ismail bin Haji Salleh memenangi Kategori Terbuka Division 'B' Net dan Awang Azim bin Muhammad Sambas memenangi dalam Kategori Terbuka Division 'C'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]