FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hargai Anugerah Mata Dari Allah


HADIR bagi sama-sama menjayakan program Masjidku Makmur, Negara Berkat ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Isham bin Haji Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud

 


 October 15th, 2018  |  11:55 AM  |   337 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mata merupakan anugerah Allah yang sangat berharga kerana ia memiliki fungsi luar biasa yang membolehkan kita melihat keagungan ciptaan Allah di muka bumi.

 

Perkara tersebut antara yang dinyatakan oleh Pegawai Perubatan Mata Kementerian Kesihatan, Dr. Zulhalim bin Haji Rosman semasa menyampaikan tazkirah bertajuk 'Anugerah Mata Dari Allah' bagi Program Masjidku Makmur, Negara Berkat yang berlangsung di Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien.

 

''Beberapa perkara boleh dilakukan bagi menjaga mata, antaranya ialah membersihkan mata dengan air bersih, terutamanya semasa mengambil air wudhu,'' jelasnya.

 

Selain itu, semasa membaca buku atau melihat skrin komputer hendaklah dipastikan jarak antara 30 hingga 40 sentimeter, kerana jarak terlalu dekat akan menyebabkan otot-otot mata menegang bagi mencapai penglihatan yang terang dan boleh menyebabkan sakit kepala.

 

Tambahnya, pencahayaan yang betul serta posisi badan perlulah sentiasa tegak dan mengelakkan membaca sambil berbaring, kerana ini akan menyebabkan mata cepat letih kerana terpaksa bekerja lebih untuk fokus terhadap sesuatu bahan bacaan.

 

''Jika sekiranya mata terasa letih, maka rehatkan ia dengan memandang sesuatu benda yang jauh dalam tempoh sekitar 20 minit, bagi menghilangkan ketegangan otot-otot mata dan seterusnya mengelipkan mata secara kerap agar ia tidak kering, serta menggunakan titis mata jika sekiranya perlu,'' jelasnya.

 

Di samping itu, pengambilan makanan yang mengandungi vitamin 'A' dan 'C', seperti lobak, tomato, papaya atau labu adalah baik bagi kesihatan mata, kerana ia mengandungi flavonoid yang tinggi untuk mencegah radang mata.

 

''Akhir sekali, adalah disarankan untuk membuat pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali, bagi memastikan tahap penglihatan dan kesihatan mata berada di tahap yang baik,'' ujarnya.

 

Program Masjidku Makmur, Negara Berkat kelolaan Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Da'wah Islamiah dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam bertujuan bagi meningkatkan kehadiran jemaah-jemaah bagi sama-sama memakmurkan masjid secara berterusan menunaikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah di masjid.

 

Program tersebut turut memberikan peluang kepada para pengunjung bersempena Bandarku Ceria, memulakan langkah dan keceriaan hari mereka dengan meraih keberkatan melalui partisipasi menunaikan tuntutan sembahyang fardu secara berjemaah dan merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan kegiatan keagamaan yang telah diaturkan.

 

Hadir bersama jemaah-jemaah bagi menjayakan program tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abd. Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Roslan bin Haji Taja'ah dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15