Home > Bahasa Melayu
Bengkel Persediaan Untuk Forum ASEAN Mengenai Pekerja Migran
PRESIDEN MKM, Awang Haji Mohd. Yusof Shaik Abdul Halim semasa menyampaikan ucapan pada Seminar tersebut.
October 23rd, 2018 | 07:37 AM | 227 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) hari ini mengadakan Bengkel Persediaan Negara Brunei Darussalam Bagi Masyarakat Sivil dan Rakan-Rakan Kongsi Sosial untuk Forum ASEAN Mengenai Pekerja Migran (AFML) yang berlangsung di Bilik Persidangan MKM, Kampung Sungai Hanching.
AFML merupakan platform terbuka untuk mengkaji, membincangkan dan bertukar amalan serta idea yang baik antara kerajaan, organisasi pekerja dan majikan, dan juga masyarakat sivil mengenai isu-isu utama yang dihadapi oleh pekerja asing di Asia Tenggara.
Bengkel persediaan tersebut antara lain membincangkan saranan-saranan Masyarakat Sivil berkaitan dengan Digitalisasi Untuk Mempromosi Kerja Bersesuaian Bagi Pekerja Migran di ASEAN.
Setiap tahun, forum diadakan bagi meningkatkan saranan untuk memajukan pelaksanaan prinsip-prinsip Deklarasi ASEAN mengenai Perlindungan dan Promosi Hak Pekerja Migran.
Singapura selaku Pengerusi ASEAN dan Jawatankuasa mengenai Pelaksanaan Deklarasi ASEAN mengenai Perlindungan dan Promosi Hak Pekerja Migran (ACMW), akan menjadi tuan rumah Forum AFML Ke-11 pada 29 hingga 30 Oktober 2018.
Forum AFML Ke-11 akan memfokuskan dalam digitalisasi untuk mempromosikan kerja yang baik bagi pekerja asing di ASEAN dengan tema 'Ketahanan dan Inovasi 2018'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]